MALAYSIA
Pesara guru terkejut wang lebih RM115,000 dalam akaun lesap

Mangsa menyedari wang di dalam akaun banknya berkurangan ketika mahu mengeluarkan duit di sebuah cawangan bank. - Gambar hiasan
JERTIH: Seorang pesara guru di daerah ini kerugian RM115,003 selepas menjadi mangsa penipuan e-kewangan (phishing).
Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu berkata lelaki berusia 56 tahun itu menyedari wang di dalam akaun banknya berkurangan ketika mahu mengeluarkan duit di sebuah cawangan bank di bandar Jertih pada malam Isnin lepas.
"Mangsa terkejut apabila mendapati wang di dalam akaunnya berbaki RM130,015.18 sedangkan baki terakhir sebelum itu lebih RM245,000.
"Setelah membuat semakan penyata bank, mangsa mendapati berlaku 14 transaksi yang tidak diketahui sedangkan dia mendakwa tidak pernah menekan mana-mana pautan atau sebarang transaksi bank," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sehubungan dengan itu, Azamuddin berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak sesekali menekan pautan yang diterima daripada individu tidak dikenali dan tidak mudah terperdaya dengan apa-apa iklan melalui laman sosial.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami