KUANTAN: Wang hasil sawit keluarga, simpanan sendiri dan pencen arwah suami milik seorang pesara guru yang berjumlah RM91,980 lesap selepas terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wanita berusia 62 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon pada Jumaat lepas, daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan di Putrajaya dan memberitahu mangsa telah membeli ubat dalam kualiti banyak daripada sebuah klinik di Kedah.
Beliau berkata panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kepada individu yang kononnya pegawai polis dan memaklumkan maklumat peribadi mangsa telah terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram dan aktiviti dadah.
"Mangsa diminta memberikan maklumat bank dan membuat transaksi sebanyak empat kali ke akaun yang diberikan oleh suspek sehingga mengalami kerugian sebanyak RM91,980," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata mangsa yang menyedari dirinya terpedaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sementara itu, beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mendedahkan maklumat bank bagi mengelak ditipu dan sentiasa melakukan semakan dengan agensi berkaitan atau polis sekiranya menerima panggilan mencurigakan.
"Masyarakat juga dinasihatkan agar kerap membuat semakan atas kemasukan dan pengeluaran wang yang mencurigakan dalam akaun sendiri supaya tidak menjadi suspek keldai akaun," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
Wanita itu mendakwa menerima panggilan telefon pada Jumaat lepas, daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan di Putrajaya.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Kuching tersenarai 13 bandar teratas mampu dinikmati pesara - Laporan
Walaupun banyak destinasi persaraan bernilai baik di seluruh dunia, International Living Magazine menonjolkan Kuching antara 13 tempat yang luar biasa.
Kerajaan jamin pencen pesara tidak berkurangan - PM
Kerajaan memberi jaminan akan menokok jumlah pencen pesara penjawat awam bagi memastikan jumlah pencen mereka tidak berkurangan daripada apa yang telah diterima ketika ini.
Pesara kerugian RM127,560 jadi mangsa 'phone scam'
Mangsa melakukan tiga transaksi kepada tiga akaun bank milik individu berlainan sepanjang tempoh antara 9 dan 10 Oktober lalu.
RM1.4 juta lesap, pesara diperdaya 'syarikat kurier', 'pegawai polis' sejak 2020
Mangsa turut ditunjukkan dokumen waran tangkap mahkamah atas namanya sehingga menyebabkan dia mempercayai perkara tersebut.
Bantuan khas hargai penjawat awam, pesara Pahang
Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri masing-masing berjumlah RM300 dan RM200 seorang.
Kerajaan akan terus jaga kebajikan pesara - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu.
Pesara rugi RM1.2 juta akibat 'phone scam'
Seorang pesara syarikat swasta mengalami kerugian RM1.2 juta akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) April lepas.
Hargai jasa, MINDEF dan ATM beri anugerah kepada 10,205 warga kerja
Daripada jumlah keseluruhan, 9,198 adalah warga ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan; 874 warga awam, manakala 133 orang pesara.
Pesara guru terperdaya penipuan dalam talian, wang RM91,980 lesap
Wanita itu mendakwa menerima panggilan telefon pada Jumaat lepas, daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan di Putrajaya.
Warga Filipina ditahan beli barangan kemas guna kad bank pesara
Polis menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki menipu dengan menggunakan kad bank seorang pesara untuk membeli pelbagai barangan kemas di platform pembelian dalam talian.