awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara kerajaan didakwa terlibat ubah wang haram

Bernama
Bernama
21/03/2021
21:50 MYT
Pesara kerajaan didakwa terlibat ubah wang haram
Md Nawi (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap lapan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM753,220 hasil aktiviti penyeludupan dan jual beli gading gajah secara haram, 21 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
PASIR MAS: Seorang pesara kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas di sini hari ini, atas lapan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM753,220 hasil daripada aktiviti penyeludupan dan jual beli gading gajah secara haram sejak 2017 hingga 2019.
Md Nawi Ab Aziz, 70, yang juga bekas kerani sekolah bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi.
Daripada lapan pertuduhan, tiga melibatkan tertuduh menyembunyikan wang berjumlah RM409,960 di dalam akaun CIMB miliknya antara 1 Jan 2017 hingga 31 Dis 2019.
Tiga lagi pertuduhan adalah memperoleh wang berjumlah RM239,260 dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB miliknya pada tempoh sama.
Md Nawi juga didakwa dengan dua pertuduhan memiliki 104,000 unit di dalam akaun amanah saham Permodalan Nasional Berhad miliknya yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, pada tempoh yang sama.
Tertuduh melakukan semua kesalahan di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu, pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi. Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Zainal manakala tertuduh diwakili peguam Nor Erini Mustapha. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani sekolah
#pesara
#Mahkamah Sesyen
#Pasir Mas
#pengubahan wang haram
#mengaku tidak bersalah
#Md Nawi Ab Aziz
#CIMB
#penyeludupan
#gading gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan