awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesihatan Tun Mahathir positif selepas dua minggu terima rawatan di IJN
PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini
RUU Tadbir Urus AI perkenal tanggungjawab undang-undang kepada pelaksana - Wilson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara kerajaan ditahan, sekongkol rasuah bersama Datuk Bandar

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
13/08/2021
01:12 MYT
Pesara kerajaan ditahan, sekongkol rasuah bersama Datuk Bandar
Siasatan mendapati suspek telah bertindak sebagai orang tengah kepada Datuk Bandar terbabit. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor yang bertindak sebagai orang tengah kepada Datuk Bandar disebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki berusia 60 tahun itu telah ditahan kira-kira jam 9 malam, semalam di Pejabat SPRM Johor.
Katanya hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah bertindak sebagai orang tengah kepada Datuk Bandar terbabit bagi mendapatkan wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan meluluskan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor bagi projek-projek yang dikeluarkan oleh pihak PBT dalam tahun 2020 dan 2021.
"Penahanan pesara kerajaan itu dibuat bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun," katanya.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Pada Rabu lalu, seorang Datuk Bandar direman tiga hari sehingga hari ini, bagi siasatan kesalahan menerima rasuah.
BACA: Disyaki terima rasuah, Datuk Bandar direman tiga hari
SPRM Johor dilaporkan menahan pegawai kanan kerajaan itu pada Selasa lalu, kira-kira jam 3 petang di Pejabat SPRM Johor.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah yang sedang dijalankan ketika menjawat jawatan Datuk Bandar di sebuah lagi PBT negeri ini.
Hasil siasatan awal yang dijalankan SPRM, mendapati suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek yang dilaksanakan di bawah kendalian sebuah PBT sewaktu beliau menjadi Datuk Bandar di majlis bandaraya berkenaan.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#pesara
#Datuk Bandar
#SPRM
#pbt
#siasatan
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan