awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara KOKITAB maut dilanggar lari

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2024
01:20 MYT
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Menurut polis, mangsa dilanggar sebuah kenderaan yang tidak pasti jenisnya dalam kejadian kira-kira jam 5.49 pagi ini. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang pesara Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad maut ketika melintas jalan selepas dilanggar lari sebuah kenderaan di Jalan Wakaf Mempelam, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Menurutnya, mangsa dilanggar sebuah kenderaan yang tidak pasti jenisnya dalam kejadian kira-kira jam 5.49 pagi ini.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa hendak melintas ke kedai di seberang jalan.
"Bagaimanapun, sebuah kereta dengan nombor pendaftaran dan jenis tidak pasti yang datang dari arah lampu isyarat Kubang Parit telah melanggar mangsa.
"Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala kenderaan terbabit terus beredar dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azli berkata, jenazah Mohd Abdillah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#warga emas maut
#langgar lari
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan