NATIONAL
Pesara polis antara tiga ditahan miliki kelengkapan PDRM
SEPANG: Seorang pesara polis dan dua yang lain ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan pelbagai peralatan dan kelengkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk senjata api palsu, di Cyberjaya pada Ahad lepas.
Ringkasan AI
- Seorang pesara polis dan dua lelaki lain ditahan di Cyberjaya selepas didapati memiliki pelbagai peralatan dan kelengkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk senjata api palsu.
- Siasatan mendapati mereka adalah kru produksi bebas bagi penggambaran drama kepolisan, namun tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Bahagian Komunikasi Korporat Bukit Aman.
- Polis merampas pelbagai barangan menyerupai aset PDRM dan menegaskan bahawa penggunaan tanpa kelulusan rasmi adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Kami dapati mereka bukan anggota polis daripada mana-mana balai ataupun Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), sebaliknya adalah kru bebas produksi filem bagi drama dan filem bertemakan kepolisan.
"Siasatan awal mendapati, peralatan itu digunakan untuk penggambaran sebuah drama tempatan tanpa sebarang permohonan bertulis daripada Bahagian Komunikasi Korporat Bukit Aman," katanya pada sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman.
Polis turut merampas peralatan PDRM daripada suspek, antaranya dua kon polis, dua unit lampu bacon magnet bertulis polis, tiga pasang kasut operasi polis, enam helai vest polis, dua senjata menyerupai HK MP5, dua senjata mainan menyerupai M416 dan enam topi polis trafik.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman selama dua hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan.
Hussein berkata memiliki peralatan dan kelengkapan polis, termasuk senjata yang menyerupai senjata sebenar satu kesalahan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
"Kami memandang serius penggunaan peralatan, pakaian seragam, serta aset PDRM tanpa kelulusan rasmi, khususnya dalam produksi filem dan drama.
"Mana-mana pihak yang ingin melibatkan elemen kepolisan dalam penggambaran diwajibkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Komunikasi Korporat Bukit Aman.
"Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja boleh mengundang tindakan undang-undang tetapi juga berisiko menjejaskan kredibiliti institusi keselamatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami