GUA MUSANG: Seorang pesara polis maut selepas Perodua Ativa dinaiki bersama ahli keluarganya bertembung kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Kilometer (KM) 66 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Sungai Lakit, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang mengorbankan Adam Mat Hasan, 63, seorang pesara polis berpangkat sarjan itu berlaku kira-kira 8 malam.
Sik berkata hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bergesel dengan Toyota Vellfire.
"Proton Saga itu kemudiannya telah bertembung dengan Perodua Ativa dipandu anak mangsa yang berada di belakang Toyota Vellfire tersebut.
"Akibat daripada pertembungan tersebut menyebabkan Adam iaitu penumpang belakang Perodua Ativa maut di tempat kejadian, manakala isterinya Che Romayni Che Ismail cedera di hidung dan anak perempuannya Nurul Qurratul Ain Nazifa cedera di kepala," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sik berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat, isteri dan anaknya turut mendapatkan rawatan di hospital sama.
"Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati pemandu Proton Saga positif dadah jenis methamphetamine dan ganja. Lelaki itu yang turut cedera di kaki telah ditahan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu semasa berada di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang mengorbankan Adam Mat Hasan, 63, seorang pesara polis berpangkat sarjan. - Gambar hiasan
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Pesara polis maut motosikal langgar jengkaut
Ketika kejadian, mangsa yang berusia 55 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Gajah.
Pesara polis maut, kenderaan bertembung kereta dipandu lelaki positif dadah
Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati pemandu Proton Saga positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.