KUALA LUMPUR: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) menghantar satu memorandum di Parlimen pada Khamis bertujuan menyuarakan aduan agar pemimpin cakna dan faham masalah dihadapi mereka.
Seramai 40 orang petani dari Perlis, Kedah, Perak, Melaka dan Johor menghantar memorandum tersebut yang diketuai Pengerusinya, Muhammad Fuad Yaacob.
Dalam memorandum tersebut, PeSAWAH menyenaraikan isu membelenggu mereka dan saranan buat kerajaan.
Menurut Muhammad Fuad, antara isu yang dibangkitkan adalah berkaitan estet padi, akta benih, kebocoran subsidi dan monopoli dalam industri.
“Pesawah kecewa dengan segala tohmahan yang diberikankepada golongan petani kononya para petani di Malaysia tidak berpengetahuan dan gagal menjamin bekalan makanan negara.
“Sementara itu para pelobi dan vendor terus mengambil kesempatan dan menindas pesawah.
“Hakikatnya petani telah bersawah turun-temurun menunjukkan kesinambungan ilmu dan pengalaman bersawah padi yang luas dan intim dengan ekosistem padi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam memorandum sama, PeSAWAH mencadangkan sasaran tahap sara diri (SSL) beras sebanyak 100 peratus dalam setiap Rancangan Malaysia (RMK).
Selain itu, mereka juga menyarankan kerajaan menghentikan Projek Estet Berskala Besar (Smart SBB) sebaliknya menyokong dan meramaikan usahawan petani individu, koperasi, persatuan dan syarikat lokal.
“PeSAWAH juga mencadangkan agar rancangan untuk Menyertai Konvensyen UPOV 91 dan penggubalan RangUndang-Undang Kualiti Benih Tanaman dihentikan.
“Sebaliknya, kerajaan perlu memperkasa hak petani untuk menyimpan, memproses,berkongsi dan menjual benih secara bukan komersial.
“Subsidi input pertanian diberikan terus kepada pesawah dalam bentuk 'kupon' melalui satu mekanisme atau sistem yang dipersetujui bersama antara kerajaan dan petani,” katanya menurut memorandum tersebut.
Berikut merupakan saranan lain daripada PeSAWAH buat kerajaan:
1. Bantuan wang ehsan sementara menunggu padi dituai yang pernah diterima sebelum ini oleh pesawah dikembalikan semula.
2. Penetapan potongan pemutuan padi melalui potongan pemutuan sebenar dengan had tidak melebihi 17 peratus dan kawal seliaan pegawai penguatkuasa dari pihak kerajaan.
3. Wujudkan tiga gred harga padi iaitu harga minimum terjamin yang berbeza bagi padi gred A, B dan C.
4. Bajet infrastruktur dan penyelenggaraan yang dipotong dalam belanjawan sebelum ini dikembalikan semula dan penetapan jadual pengairan yang dinamik dibuat secara bersama.
5. Perkasakan unit lapangan kawalan penyakit dan perosak serta agronomik tanah dengan mengambil lebih banyak pegawai di satu-satu kawasan supaya unit ini berfungsi dengan lebih baik.
6. Struktur semula pentadbiran agensi dalam industri padi dan beras dengan menubuhkan semula satu agensi atau entiti kerajaan iaitu Lembaga Padi dan Beras Negara.
7. Batalkan konsesi BERNAS sebagai pengimport tunggal dan LPN diberikan tanggungjawab mengimport beras dan membekalkan kepada pemborong tempatan.
8. Utamakan beras tempatan dalam penyediaan beras ‘stockpile’ negara dan penggunaan beras tempatan dalam semua tender-tender kerajaan serta pastikan kawalan ketat dilaksanakan terhadap kemasukan beras import.
9. Mewujudkan kuota pembelian padi oleh kilang-kilang beras berdasarkan kapasiti ‘breakeven’ kilang masing-masing. Kerajaan juga perlu menggalakkan petani terlibat dengan kegiatan nilai tambah melalui kilang berskala kecil.
10. Kerajaan persekutuan menghalang pertukaran syarat guna tanah pertanian padi kepada status lain yang kini dilihat seperti dilakukan sewenang-wenangnya oleh kerajaan negeri.
Astro Awani
Thu Mar 17 2022

Beberapa isu yang dibangkitkan PeSAWAH adalah berkaitan estet padi, akta benih, kebocoran subsidi dan monopoli dalam industri.

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

Tawar wanita untuk dikahwini antara pendekatan tarik pembabitan anak muda dalam kumpulan radikal - GPM
Kebiasaanya anak muda yang sedang dalam proses mencari identiti lebih senang dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang sering memanipulasikan keadaan tersebut.

Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4445/4460 berbanding dolar AS daripada 4.4545/4570 pada Rabu.

Kejohanan Thanh Nien: Malaysia tewas di final
Malaysia berjaya ke final selepas meraih kemenangan ke atas Myanmar susulan dua perlawanan yang kurang memberangsangkan.

Kemarau: Langkah jangka panjang atasi masalah penyusutan air Tasik Bukit Merah
Penduduk sekitar Bagan Serai menyifatkan keadaan air Tasik Bukit Merah yang surut ketika ini paling teruk pernah berlaku.

Ban pecah: 13,350 hektar sawah padi terjejas, beri kesan keselamatan makanan - MB Kedah
Situasi yang berlaku ketika ini menyebabkan air tidak dapat disalirkan ke kawasan sawah padi yang tertentu terutama ketika musim menanam.

PeSAWAH serah memorandum di Parlimen, senaraikan 14 saranan untuk kerajaan
Seramai 40 orang petani dari Perlis, Kedah, Perak, Melaka dan Johor menghantar memorandum tersebut yang diketuai Pengerusinya, Muhammad Fuad Yaacob.

Banjir Kelantan: Sawah padi hilang jadi "lautan"
Benih padi yang disemai mulai tumbuh namun sawah pula ditenggelami air menjadi lautan. Itu senario yang dihadapi 34 pesawah padi dari Kampung Luar, Gual Periok dan Tersang, di Rantau Panjang.

Mayat bayi perempuan membengkak dan membusuk ditemukan di batas sawah
Mayat bayi perempuan ditemukan dalam keadaan membengkak dan membusuk di batas sawah padi berhampiran Lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri.

"Bukan senang nak beli benih, modal pun susah dicari" - Petani gusar sawah tenggelam lagi
Golongan petani di Seberang Perai Utara gusar dengan hasil padi musim ini berikutan cuaca yang tidak menentu.

RM1.1 juta bantu pesawah terjejas tragedi kepala air - MAFI
MAFI memberi peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk membaik pulih 34 hektar kawasan sawah padi di Kampung Titi Bakong dan Kampung Rendang Pasir, Yan.

Aktiviti penanaman padi di kawasan PKPD dibenarkan - Ismail Sabri
Aktiviti penanaman padi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan bagi mengelak masalah kekurangan bekalan beras dalam negara.

Guna batang besi kait layang-layang, kanak-kanak maut kena renjatan elektrik
Mangsa yang berusia 10 tahun itu cuba mengambil layang-layangnya yang tersangkut pada tiang elektrik di kawasan tanah lapang bekas sawah padi.

Penduduk kampung gempar buaya timbul dalam tali air sawah padi
Penduduk Kampung 15 Tokai gempar apabila seekor buaya kelihatan timbul di permukaan tali air.