awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat AirAsia X berpatah balik ke Brisbane

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2017
23:18 MYT
Pesawat AirAsia X berpatah balik ke Brisbane
Kejadian pada jam 10.20 malam waktu tempatan itu dipercayai berlaku akibat kerosakan enjin selepas dilanggar burung.
Pesawat AirAsia X yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Brisbane, Australia sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Gold Coast, Australia lewat Isnin.
Kejadian pada jam 10.20 malam waktu tempatan itu dipercayai berlaku akibat kerosakan enjin selepas dilanggar burung.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, berkata penerbangan D7 207 yang membawa 345 orang penumpang dan 14 anak kapal itu selamat mendarat pada jam 11.33 malam waktu tempatan.
“Kami mengikuti setiap garis panduan bagi memastikan keselamatan penumpang, yang mana sedang diuruskan oleh kakitangan kami.
“Kami ingin memuji juruterbang dan anak kapal kami atas sikap professional mereka serta tindakan mereka yang pantas memastikan penumpang D7 207 selamat mendarat di lapangan terbang Brisbane," katanya dalam satu kenyataan.
Pesawat berkenaan berpatah balik selepas mengalami masalah enjin dipercayai disebabkan oleh burung yang masuk ke dalam enjin pesawat, dua bangkai burung turut ditemui di atas landasan.
BACA: Pesawat AirAsia X berpatah balik susulan masalah teknikal
Ini merupakan insiden kedua baru-baru ini pesawat AirAsia X terpaksa berpatah balik disebabkan kerosakan enjin.
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Australia
#benyamin ismail
#Berpatah Balik
#Brisbane
#D7 207
#dilanggar burung
#Gold Coast
#kerosakan enjin
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan