awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Charlie C-130, Nuri sedang dinaik taraf - Hishammuddin

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
19/11/2017
10:39 MYT
Pesawat Charlie C-130, Nuri sedang dinaik taraf - Hishammuddin
Hishammuddin berkata proses tersebut masih di bawah perancangan dan ia akan dilakukan secara beterusan bagi memastikan ia selamat digunakan setiap masa.
Pesawat Charlie C-130 dan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang dinaik taraf supaya bagi melengkapkan kedua-dua aset itu dengan peralatan serta teknologi lebih canggih.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata proses proses tambah baik aset pertahanan negara itu dilakukan secara berterusan bagi memastikannya selamat digunakan setiap masa.
Menurutnya, peruntukan bagi melengkapkan kedua-dua aset milik TUDM itu dengan peralatan dan teknologi lebih canggih trmasuk di bawah Bajet 2018 kementerian itu.
"Penambahbaikan sedang dilakukan terutamanya dari segi peralatan teknologi kerana rangka pesawat itu juga masih baik. Saya tidak mahu hanya fokus terhadap Charlie sahaja kerana Nuri, Hawks dan Submarine juga sedang dinaik taraf," katanya pada sidang media Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di sini, pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden pesawat angkut C-130 milik TUDM yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan selepas mengalami masalah peralatan kekaki atay 'landing gear' pada Sabtu.
Tambah Hishammuddin, adalah tidak wajar untuk menggesa kerajaan menghentikan operasi pesawat berkenaan hanya kerana beberapa insiden yang tidak dapat dielak.
Sementara itu, mengulas kenyataan seorang penganalisis pertahanan di sebuah portal berita tempatan yang melahirkan kebimbangan bahawa penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) akan mengundang lebih ramai musuh kepada negara, Hishammuddin berkata tidak ada negara di dunia terkecuali daripada ancaman pengganas.
Katanya, ini terbukti apabila kita melihat negara-negara lebih maju juga menyumbang kepada ancaman pengganas.
"Saya sendiri berada dalam 'hit list' (individu yang menjadi sasaran untuk dibunuh) pihak Daish, tapi tak bermakna saya akan hentikan usaha saya berperang dengan mereka habis-habisan," katanya.
Mengenai Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata platform itu memberi ruang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi pandangan masing-masing yang seterusnya akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan bulan depan.
Topic Berkaitan
#agenda
#C-130
#Charlie
#helikopter
#Hishammuddin Hussein
#Nuri
#pengganas
#pesawat
#tentera
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan