SEBERANG JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth pada Selasa malam.
Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan tanpa mengulas lanjut berkata, siasatan akan menjurus kepada aspek teknikal ke atas nahas.
"Kita akan buat siasatan terperinci, berhubung nahas tersebut," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ), awal pagi Rabu.
Terdahulu, Mohd Asghar Khan tiba di HSJ sekitar jam 1.50 pagi melawat mangsa yang terbabit dalam nahas itu.
Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa, seorang juruterbang terkorban manakala seorang cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.
BACA: Pesawat pejuang TUDM terhempas: Juruterbang cedera berada dalam keadaan stabil
Juruterbang yang terkorban dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di HSJ dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.
Kejadian berlaku ketika kedua-dua mereka melakukan latihan penerbangan malam.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Nov 16 2021
Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, siasatan juga akan menjurus kepada aspek teknikal ke atas nahas. - Astro AWANI
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua cedera, belon udara panas terhempas berhampiran lebuh raya
Sebuah belon udara panas terhempas berhampiran sebuah lebuh raya di Rochester, Minnesota pada Rabu.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Pesawat tentera AS terhempas di perairan Jepun
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa lapan penumpang terhempas di perairan pulau Yakushima, Wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil.
Tiga maut pesawat ringan langgar hangar
Hangar tersebut mengalami kerosakan akibat insiden itu namun tiada mangsa lain dilaporkan cedera.
10 maut, 12 cedera dalam nahas bas
Bas tersebut dilaporkan terbalik dan jatuh ke dalam gaung sebelum terhempas ke dalam sungai berdekatan bandar Huarochiri.
Dua dikhuatiri maut helikopter terhempas
Dua dikhuatiri maut dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 10.50 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kecoh: Petugas media dihalang buat liputan proses tuntutan mayat juruterbang helikopter terhempas
Beberapa anggota keselamatan yang bertugas mendakwa mereka mendapat arahan daripada pihak atasan untuk berbuat demikian.
Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya
Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.
Pesawat kargo terhempas, lapan disahkan maut
Pesawat Antonov An-12 yang dimiliki syarikat Ukraine, dalam perjalanan dari Serbia ke Jordan ketika kejadian.