awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China wajibkan bateri EV tidak boleh terbakar dan meletup bermula 2026
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya

Sinar Harian
Sinar Harian
11/08/2022
04:20 MYT
Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya
Sebuah pesawat ringan terbakar selepas mendarat di sebuah lebuh raya di Los Angeles baru-baru ini. - Foto Corona Fire Department
LOS ANGELES: Seorang juruterbang dan penumpang sebuah pesawat kecil yang mempunyai satu enjin tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kapal terbang mereka terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya California pada petang Selasa.
Juruterbang tersebut, Andrew Cho yang mengendalikan pesawat Piper Cherokee yang mengalami masalah kehilangan kuasa enjin menyebabkan dia membuat keputusan untuk menggunakan Lebuh Raya 91 berhampiran Corona di Riverside County, timur Los Angeles sebagai landasan pendaratan cemas.
Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.
Pesawat itu mendarat tidak sempurna apabila ia terhentak di atas lebuh raya sehingga menyebabkan ia berpusing dan salah satu sayapnya rosak sebelum mengalami kebakaran kecil.
Beberapa saat kemudian, seorang pemandu merakamkan detik-detik Cho dan penumpangnya sempat melarikan diri dari bangkai kapal yang terbakar ketika asap hitam tebal berkepul-kepul ke udara.
"Sukar untuk digambarkan," kata Cho memberitahu KTLA.
Mereka berada kira-kira 1.2 meter hingga 1.5 meter di udara apabila pesawat itu terhenti sepenuhnya dan jatuh di atas lebuh raya. -Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#pesawat ringan terbakar
#terhempas
#lebuh raya
#Piper Cherokee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan