awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat pejuang TUDM terhempas: Juruterbang cedera berada dalam keadaan stabil

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/11/2021
17:25 MYT
Pesawat pejuang TUDM terhempas: Juruterbang cedera berada dalam keadaan stabil
Kejadian berlaku ketika kedua-dua mereka melakukan latihan penerbangan malam. - Gambar/ Sinar Harian
BUTTERWORTH: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat di dalam nahas pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam tadi, berpangkat Mejar dan Kapten.
Markas TUDM dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang terkorban adalah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala yang cedera ialah Mejar Mohd Fareez Omar.
" Beliau (Mohamad Affendi) telah meninggal dunia dan jenazah sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya.
"Beliau (Mohd Fareez) cedera dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya dan berada dalam keadaan selamat dan stabil.
"Kedua-dua juruterbang telah berkahwin. Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan," katanya.
BACA: Pesawat pejuang TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin
BACA: Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pulau Pinang
BACA: Kronologi nahas pesawat TUDM sejak 1991
Kenyataan itu turut menyebut, kejadian berlaku ketika kedua-dua mereka melakukan latihan penerbangan malam.
Sementara itu, katanya, TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.
Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih.
Katanya, TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Sisatan terperinci mengenai insiden berkenaan.
Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengesahkan dalam kejadian jam 10.07 malam itu, seorang anggota TUDM terkorban manakala seorang lagi cedera.
Topic Berkaitan
#Pesawat TUDM terhempas
#Hawk 108
#Pangkalan Udara Butterworth
#identiti juruterbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan