awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Elmina: Kekosongan DUN Pelangai akan dimaklumkan kepada SPR

Bernama
Bernama
17/08/2023
23:10 MYT
Pesawat terhempas di Elmina: Kekosongan DUN Pelangai akan dimaklumkan kepada SPR
Mohd Sharkar (gambar) berkata, Johari menaiki pesawat berkenaan atas urusan rasmi bagi menghadiri mesyuarat bersama Menteri Besar Pahang di Langkawi, Kedah. - Gambar fail BERNAMA
KLANG: Kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, petang semalam.
Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.
"Apa-apapun kita mahu selesaikan urusan jenazah ini terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini malam tadi.
Johari, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang merupakan seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas petang semalam.
Mohd Sharkar berkata, Johari menaiki pesawat berkenaan atas urusan rasmi.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Langkawi, Kedah.
"Mulanya saya keliru sebab ada banyak Johari (di Pahang), tetapi apabila melihat nombor kad pengenalan bermula 1970 bermakna 53 tahun dan kita dapat jangka Johari Harun yang meninggal dunia," katanya.
Beliau menyifatkan Johari seorang yang rajin dan sentiasa mendapatkan nasihat daripadanya berkaitan politik.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekosongan DUN Pelangai
#ADUN Pelangai meninggal dunia
#pesawat terhempas di Elmina
#Johari Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan