awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas: PM ucap takziah kepada kerajaan China

Bernama
Bernama
22/03/2022
21:15 MYT
Pesawat terhempas: PM ucap takziah kepada kerajaan China
Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming menuju ke Guangzhou itu terhempas di kawasan pergunungan. - Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan China di atas tragedi pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin.
Beliau menerusi catatan di akaun Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pesawat itu dan berharap mereka tabah dalam menghadapi ujian tersebut.
"Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines yang terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di wilayah Guangxi, China.
"Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada kerajaan China dan keluarga mangsa," katanya.
Menurut laporan media, sebuah pesawat yang membawa 132 penumpang terhempas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China pada Isnin petang.
Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming menuju ke Guangzhou itu terhempas di kawasan pergunungan berhampiran perkampungan Molang di daerah Tengxian, bandar Wuzhou pada 2.38 petang. Nahas itu turut mengakibatkan kebakaran.
Wisma Putra dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam nahas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boeing
#terhempas
#takziah
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan