INI baru dikatakan ‘beauty with brains‘!

Pentas Ratu Cantik Malaysia menyaksikan pesona seorang doktor muda dimahkotakan sebagai Miss World Malaysia 2021.

Tahniah! Dr Lavanya Sivaji atas kejayaan anda.


Dr Lavanya telah mengalahkan 38 finalis lain demi meraih gelaran ini.

Pertandingan yang dilaksanakan secara virtual ini turut menyaksikan Miss World 2021 Grand Coronation Night telah dilancarkan secara maya di Hyperlive.tv pada 16 Oktober lalu.


Kejayaan milik wanita yang berusia 25 tahun ini bakal membawa nama Malaysia untuk bertanding di 70th Miss World di Puerto Rico pada 16 Disember akan datang.


Sebelum ini wanita yang dibesarkan di Taman Seri Gombak, Batu Caves ini pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia Indian Global 2019 dan memenangi tempat ketiga.


Wanita cantik berketurunan India ini merupakan seorang graduan dalam bidang perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Pernah menjalani latihan praktikalnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Dr Lanvanya merupakan pengasas 4Them yang merupakan sebuah projek kebajikan yang memartabatkan masalah kesihatan dan juga nutrisi pemakanan di kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia.


*Artikel asal di Nona


Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !