awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesta dadah di 'homestay', 16 individu termasuk pelajar sekolah direman

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/02/2021
04:24 MYT
Pesta dadah di 'homestay', 16 individu termasuk pelajar sekolah direman
Ujian saringan air kencing mendapati 15 daripada mereka positif dadah. - Foto ihsan PDRM
BUTTERWORTH:Seramai 16 individu, termasuk pelajar sekolah, direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian di sebuah pangsapuri di Park View, Jalan Assumption, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan pesta dadah serta sambutan hari lahir, kira-kira jam 1.30 pagi.
Katanya, serbuan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima aduan bunyi bising yang melampau daripada jiran.
Menurut Noorzainy, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 22 tahun, terdiri daripada 7 wanita dan tiga individu bawah umur 17 tahun, sedang leka menari dan berpesta di rumah yang dijadikan rumah inap (Homestay) itu.
Hasil siasatan mendapati, kumpulan remaja berkenaan menyewa rumah inap di situ dengan harga RM180 semalam bagi tujuan menyambut hari jadi salah seorang rakan mereka.
Sewa 'homestay' sambut hari jadi, 16 individu termasuk pelajar sekolah direman
Ketika pemeriksaan dilakukan, tiada penjarakan sosial dilakukan dan mereka mengaku berkumpul kerana mahu menyambut hari jadi salah seorang rakan mereka.
Ujian saringan air kencing mendapati 15 daripada mereka positif dadah jenis ketamine, methamphetamine and AMP.
Kes disiasat dibawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Manakala bagi kesalahan ingkar PKP, mereka berdepan kompaun RM1,000 setiap seorang atas kesalahan melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.
Topic Berkaitan
#PKP
#reman
#ditahan
#remaja
#sambutan hari lahir
#Noorzainy Mohd Noor
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan