KUALA LUMPUR: Penyokong bola sepak yang hadir ke final Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok diingatkan tidak membawa masuk sebarang bahan terlarang termasuk bendera negara lain yang tidak berkaitan dengan perlawanan itu.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata bahan terlarang seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, penunjuk laser, mancis, pemetik api, objek tajam, senjata, minuman keras, payung dan tongkat dilarang dibawa masuk ke dalam stadium.
"Dijangka seramai 45,000 orang penyokong akan hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Bukit Jalil di sini dan semua pintu masuk stadium akan dibuka pada 6 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu Zam Halim juga menasihatkan peminat bola sepak yang hadir untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium selain bersabar, berhemah serta bertolak-ansur jika memandu kenderaan.
Katanya orang ramai yang tidak menuju ke stadium juga dinasihatkan untuk mengelak melalui jalan di sekitar stadium berkenaan bagi mengurangkan kesesakan.
"Orang ramai diingatkan supaya menjaga tatasusila serta tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan sama ada semasa perlawanan mahu pun selepas perlawanan itu," katanya.
Tajikistan mendapat bai ke final selepas penarikan Palestin pada saat akhir Isnin lepas disebabkan keadaan tegang di sana.
Skuad Harimau Malaya layak ke final selepas membenam India 4-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin dalam sebuah sidang media di Ibu Pejabat Daerah Cheras hari ini mengenai rampasan minuman keras. - Foto BERNAMA
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Peningkatan ketara Harimau Malaya 'menakutkan' saya - Pan Gon
Kim Pan Gon mengakui peningkatan ketara ranking skuad bimbingannya dalam tempoh singkat, adalah satu yang 'mengejutkan'.
Harimau Malaya tunduk kepada tekanan, Pan Gon minta maaf
Kim Pan Gon meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang meletakkan jangkaan tinggi untuk muncul juara tetapi malangnya gagal berbuat demikian.
Pestabola Merdeka 2023: Penyokong diingatkan tidak bawa bahan terlarang menonton final esok
Penyokong diingatkan tidak membawa masuk sebarang bahan terlarang termasuk bendera negara lain yang tidak berkaitan dengan perlawanan itu.
Awas Tajikistan!
Ia merupakan peluang terbaik skuad negara untuk 'melunaskan dendam' kekalahan kepada pasukan di ranking ke-110 dunia itu.
Pan Gon puji aksi bertenaga Harimau Malaya tewaskan India
Pan Gon kagum kerana pemainnya seolah-olah tidak mahu berhenti dan terus berlari sepanjang perlawanan untuk menundukkan India malam tadi.
Pestabola Merdeka: Palestin sah tarik diri, FAM kekal format sedia ada
Pasukan Palestin terpaksa menarik diri kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur ekoran situasi tegang di negara berkenaan ketika ini.
Pan Gon tidak akan ketepikan Faisal
Pan Gon membayangkan akan membantu Faisal bagi memastikan dia berada dalam keadaan terbaik sebelum dua perlawanan persahabatan akan datang.