awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Tinggi India galak diaspora ambil bahagian dalam kempen Chalo India

Bernama
Bernama
09/03/2024
20:45 MYT
Pesuruhjaya Tinggi India galak diaspora ambil bahagian dalam kempen Chalo India
Menurut Reddy, perdana menteri telah memberi penekanan kepada diaspora untuk menggalakkan sekurang-kurangnya lima rakan bukan India, termasuk dari Malaysia untuk melawat India. - Foto Facebook/High Commission of India
KUALA LUMPUR: Diaspora India di Malaysia digalakkan untuk menyertai kempen Chalo India yang dilancarkan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Khamis, kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B. N. Reddy.
Menurut Reddy, perdana menteri semasa melancarkan Kempen Diaspora Global Chalo India secara maya telah memberi penekanan kepada diaspora untuk menggalakkan sekurang-kurangnya lima rakan bukan India, termasuk dari Malaysia untuk melawat India.
"Pelancaran Kempen Diaspora Global Chalo India oleh perdana menteri kita adalah untuk membolehkan diaspora India menjadi 'Duta Besar India yang luar biasa'," kata Reddy pada satu perhimpunan.
Kira-kira 150 ahli diaspora India menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, di Pusat Kebudayaan India Netaji Subash Chandra Bose di sini.
Semasa acara itu, perdana menteri India turut melancarkan laman sesawang Chalo India (chaloindia.gov.in).
Laman sesawang itu akan dibuka kepada diaspora India secara berperingkat untuk meneroka dan mendaftar minat mereka mulai 7 Mac 2024 dan seterusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#Pesuruhjaya Tinggi India
#diaspora
#kempen Chalo India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan