awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Aktivis politik Hishamuddin Rais dipanggil ke Bukit Aman esok
DUNIA
China tolak sekeras-kerasnya salah guna bantuan kemanusiaan di Gaza
MALAYSIA
Semua siasatan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu dihentikan - Syahredzan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Petaling Jaya, Manjung dan Kluang antara bandar paling bahagia di Malaysia - Kajian

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/03/2023
09:34 MYT
Petaling Jaya, Manjung dan Kluang antara bandar paling bahagia di Malaysia - Kajian
Bandar raya Petaling Jaya diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia. - Fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.
Turut tersenarai adalah bandar Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
Indeks kebahagian merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi aspek kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.
Antara aspek utama yang menyumbangkan kepada tahap kebahagian adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perlhidmatan yang diberikan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memberitahu, Datuk M Noor Azman Taib, kajian itu melibatkan 42,000 responden dari 117 pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Daripada kajian itu, kita dapati 79 peratus tau 92 bandar mencapai status mampan dengan skor melebihi 80 peratus sementara 25 bandar (21 peratus) mencatatkan peratus sederhana bahagian dengan skor antara 50 dan 79 peratus," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2023 di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, kata M Noor Azman, pengukuran indeks Kkebahagiaan di Malaysia dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets.
Menurutnya, MURNInets merupakan satu sistem di bawah seliaan PLANMalaysia bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di Malaysia.
Topic Berkaitan
#bandar paling bahagia
#Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022
#Petaling Jaya
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami