awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Moscow sokong program nuklear aman Iran - Putin
MALAYSIA
PM Anwar hulur sumbangan kepada ibu tunggal hidap kanser
HIBURAN
Konsert Spider Unplugged tampil sisi lebih intim, format akustik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Petir ragut nyawa 4 kanak-kanak di Uttar Pradesh, India

Bernama
Bernama
20/06/2025
11:00 MYT
Petir ragut nyawa 4 kanak-kanak di Uttar Pradesh, India
Hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa daerah di negeri berkenaan pada Khamis, menyebabkan insiden tragis itu.
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut dan tiga lagi cedera akibat dipanah petir di negeri Uttar Pradesh, utara India, lapor Xinhua yang memetik kenyataan polis pada Jumaat.
Hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa daerah di negeri berkenaan pada Khamis, menyebabkan insiden tragis itu.
"Dua kejadian panahan petir berlaku malam tadi. Dalam insiden pertama, empat kanak-kanak sedang menggembala kambing di kawasan Sarai Akil, Daerah Kaushambi, apabila mereka dipanah petir. Mangsa dikejarkan ke hospital namun dua daripada mereka disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi sedang menerima rawatan," kata seorang pegawai polis.
"Dalam insiden kedua di Kampung Tara Ka Pura, Daerah Chitrakoot, sekumpulan kanak-kanak sedang menggembala kerbau apabila disambar petir. Seorang maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital daerah. Seorang lagi masih dirawat," katanya.
Minggu lepas, sekurang-kurangnya 25 orang maut akibat dipanah petir di 14 daerah di negeri yang sama.
Setiap tahun, semasa musim monsun bermula, ratusan orang maut akibat panahan petir di India.
Topic Berkaitan
#petir
#Uttar Pradesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami