KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan menubuhkan jawatankuasa penyelaras di negeri ini bagi memastikan program serta projek yang dirancang oleh kementerian itu dapat dilaksanakan dengan baik.
PETRA dalam kenyataannya memaklumkan cadangan tersebut juga telah dipersetujui bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di Wisma Bapa pada Isnin.
"Fadillah yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sabah dan Sarawak turut mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandaraya Kuching di Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kementerian itu telah meluluskan sejumlah 46 projek di bawah sektor air Sarawak yang melibatkan 33 projek sambungan dan 13 projek baharu dengan kos keseluruhan RM6.01 bilion.
Kenyataan itu juga memaklumkan bagi tahun ini sejumlah RM298 juta peruntukan telah diluluskan bagi pelaksanaan projek perlindungan banjir dan banjir pantai, hakisan pantai, pemuliharaan muara, kajian pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, pembangunan loji rawatan kumbahan, loji rawatan enapcemar, pembangunan sistem pembetungan dan menaik taraf loji rawatan air.
"Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan cakna dalam memastikan kelestarian dalam pelaksanaan projek kerajaan untuk menjamin impak yang maksimum kepada rakyat Sarawak.
"Pemantauan yang komprehensif dan berterusan merupakan kunci utama kepada pembangunan negara yang seimbang seperti mana yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Gagasan berteraskan konsep Malaysia MADANI," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Fadillah ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa. - Foto BERNAMA
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mencadangkan Kerajaan Negeri Terengganu supaya mengenakan caruman perparitan kepada pemaju tanah.
Hujan lebat luar biasa hampir tenggelamkan Bandar Purba Petra
Air dari pergunungan sekeliling telah mengalir deras ke dalam bandar purba itu.
Tentera Israel tahan 19 wartawan Palestin
Tentera Israel menahan 18 wartawan Palestin di penjara mereka, kata Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin lapor Agensi Berita Jordan (Petra).