awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas barisan hadapan Miri terima suntikan vaksin COVID-19 mulai 6 Mac

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2021
08:11 MYT
Petugas barisan hadapan Miri terima suntikan vaksin COVID-19 mulai 6 Mac
Pemberian vaksin Fasa 2 kepada warga emas Fasa 2 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dijadualkan pada April 2021. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Petugas barisan hadapan di Miri akan menerima vaksin COVID-19 fasa pertama menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 6 Mac 2021.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin pada Isnin, suntikan dos pertama itu akan dijalankan bermula 3 petang di Dewan Eastwood dan Dewan Dato Permaisuri, Permyjaya.
Ia melibatkan petugas barisan hadapan yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukan KKM.
Manakala pemberian suntikan dos kedua dijangka tamat pada minggu pertama bulan April 2021.
“Aktiviti pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan akan dilaksanakan serentak secara berjadual dan melalui temujanji di enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bahagian Miri.
“Dua PPV akan dikhususkan untuk petugas barisan hadapan kategori perubatan KKM di Hospital Miri dan Hospital Marudi.
“Selebihnya empat PPV dikhususkan untuk petugas barisan hadapan kesihatan awam KKM dan bukan KKM di Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Permyjaya, Dewan Suarah Marudi dan Dewan Masyarakat Bekenu,” kata Kim Shin.
Tambahnya, waktu pemberian vaksin dijadual bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, seorang pegawai penyelaras bertanggungjawab juga akan mengetuai setiap jabatan yang telah diklasifikan sebagai petugas barisan hadapan.
Ini bagi membolehkan setiap maklumat berkenaan temujanji, lokasi PPV dan bilangan individu yang akan menerima vaksin dimaklumkan setiap hari bagi kelicinan proses.
Selain itu ujarnya, tarikh pemberian vaksin Fasa 2 kepada warga emas Fasa 2 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dijadualkan pada April 2021.
Namun perkara tersebut akan dimaklumkan secara rasmi oleh KKM dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#suntikan fasa pertama
#petugas barisan hadapan
#KKM
#suntikan vaksin di Miri
#Lee Kim Shin
#JPBN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan