BENTONG: Petugas media Channel News Asia (CNA), Khairul Azman Zainuddin, 45, yang menunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 43, Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur dekat sini pada jam 12 tengah hari Ahad.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal polis mendapati sebelum kejadian itu dipercayai motosikal yang ditunggangi mangsa dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.
"Mangsa tercampak ke seberang jalan dan dilanggar oleh sebuah motosikal lain dari arah Kuala Lumpur yang ditunggangi seorang lelaki berusia 46 tahun yang tidak sempat mengelak apabila tiba di tempat kejadian.
"Mangsa, Khairul Azman Zainuddin, disahkan oleh petugas perubatan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Katanya, penunggang sebuah motosikal lagi hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Bentong.
"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya.
Zaiham juga meminta semua pemandu kenderaan dan penunggang motosikal supaya lebih berhemah dan berhati-hati, manakala kenderaan masing-masing perlu diselenggara dengan baik.
"Saksi yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerusi talian 09-2222222 untuk membantu siasatan selanjutnya.
Astro Awani
Sun Jun 04 2023

Khairul Azman Zainuddin meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.
Konflik Rusia-Ukraine: 85 bilion Euro bantuan termasuk ketenteraan kepada Ukraine
Kesatuan Eropah telah menyalurkan bantuan bernilai 85 bilion Euro kepada Ukraine sejak konflik Rusia-Ukraine bermula pada Februari tahun lalu.

Dua wanita maut dalam nahas berasingan di Perak
Dua wanita maut dalam kemalangan berasingan di Jalan Bukit Gantang Kampung Sungai Jerai, Taping dan Jalan Parit 7 Sungai Manik, Teluk Intan hari ini.

Tambah lorong motosikal, mampu kurangkan kemalangan sehingga 40 peratus - Pakar
Hakikat harus diakui bahawa motosikal adalah antara komponen penting dalam sistem pengangkutan Malaysia.

Van bawa tiga pelumba LTdL 2023 terbabas
SEBUAH van dipercayai membawa tiga pelumba Giant Cycling Team terbabas ketika dalam laluan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah pagi tadi.

Kanak-kanak dua tahun lintas jalan tiba-tiba, nyaris dilanggar
Tular video berdurasi tiga minit yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun nyaris dilanggar kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Melaka Pindah, Jalan Melaka Pindah.

Rempuh kenderaan di Putrajaya: Pemandu treler direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Azizulhasni sah terlepas Sukan Asia Hangzhou 2022
Datuk Azizulhasni Awang sah tidak akan beraksi pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di China yang secara rasmi membuka tirainya Sabtu ini.

'Alhamdulillah... Allah selamatkan saya' - Azizulhasni
Datuk Azizulhasni Awang berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.

Tiga beranak maut kemalangan di Kemaman
Mangsa yang meninggal dunia ialah Ammir Hussein Mohamad serta dua anaknya, Ammzar Husszair Al Hussein dan Ammzar Hussnayan Al Hussein.

Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Segamat
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Penunggang motosikal maut bertembung pacuan empat roda
Kemalangan kira-kira jam 3.20 petang itu melibatkan sebuah motosikal, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda (4WD).