awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PFP buat laporan polis terhadap individu sunting gambar Najib

Bernama
Bernama
11/07/2018
22:45 MYT
PFP buat laporan polis terhadap individu sunting gambar Najib
Ketua Pemuda PFP Teoh Kean Liang berkata pihaknya memandang serius perbuatan ini yang dilihat cuba menjatuhkan imej bekas perdana menteri. - Gambar fail
Penang Front Party (PFP) pada Rabu membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menyunting gambar beliau dengan berlatar belakang kubur Cina di Facebook.
Ketua Pemuda PFP Teoh Kean Liang berkata perbuatan itu dilihat sebagai tidak bermoral dan biadap serta satu contoh buruk yang ditunjukkan netizen terhadap bekas perdana menteri itu.
"Saya dari pada kaum Cina, saya sendiri tidak dapat menerima perbuatan seumpama itu yang dilihat boleh mencetuskan isu perkauman serta menyinggung penganut agama lain.
"Kami memandang serius perbuatan ini yang dilihat cuba menjatuhkan imej bekas perdana menteri itu, kita sudah diajar tentang pendidikan moral di sekolah dan mesti menghormati semua kaum tanpa mengira latar belakang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.
Jumaat lepas, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar Najib yang disunting berlatarkan kubur Cina serta wang kertas untuk orang mati, perbuatan itu disifatkan sebagai memberi maksud yang Najib sudah mati dan dikuburkan di situ.
Teoh berkata pihaknya turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas perdana menteri
#Biadap
#Facebook
#hina
#kubur Cina
#laporan polis
#Najib Razak
#netizen
#Penang Front Party
#PFP
#SKMM
#sunting gambar
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#Teoh Kean Liang
#Tidak bermoral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan