awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam

Bernama
Bernama
08/02/2025
12:30 MYT
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Nik Ros Azhan berkata suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu, dilakukan pasukan Batalion 8 PGA antara pukul 1 hingga 2 petang selepas mengesan dua lori berasingan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan 80 pokok bonzai kayu hitam dipercayai diseludup dari Thailand dan tanaman itu disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit.
"Dua pemandu lori berkenaan, lelaki warga tempatan berusia 54 dan 59 tahun, dipercayai bertindak sebagai penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan dan telah ditahan.
"Anggaran keseluruhan nilai rampasan, termasuk kenderaan, dianggarkan bernilai RM2.3 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Taring Wawasan
#pasaran tempatan
#nilai rampasan
#bonzai kayu hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan