Skip to main content

Malaysia

PGA gagalkan cubaan seludup benih kelapa sawit bernilai lebih RM90,000

Seludup Benih anak sawit_Briged Tenggara Pasukan Gerakan AM (PGA)
Pasukan Gerakan Am menggagalkan cubaan menyeludup 24,000 biji benih kelapa sawit bernilai kira-kira RM96,000 di kawasan berhampiran pangkalan haram Tebu, Kampung Lubok Gong, Pasir Mas, pada Sabtu. - Gambar PGA
Advertisement

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 24,000 biji benih kelapa sawit bernilai kira-kira RM96,000 di kawasan berhampiran pangkalan haram Tebu, Kampung Lubok Gong, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, menerusi Ops Taring Wawasan yang dijalankan kira-kira 8.30 pagi itu, sepasukan anggota Batalion 7 PGA menahan sebuah Proton Iswara Aeroback yang dipandu seorang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan menemukan 24,000 biji benih kelapa sawit yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand. Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan barang yang dibawa sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.

"Turut dirampas ialah sebuah Proton Iswara Aeroback dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM100,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak sebagai penghantar dengan menerima upah sebanyak RM150 bagi membawa benih kelapa sawit itu ke Thailand melalui pangkalan haram di Lubok Gong.

"Kes diserahkan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Kota Bharu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia 1998 serta peraturan berkaitan pelesenan," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement