awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA gagalkan cubaan seludup ketum, 12 individu ditahan

Bernama
Bernama
08/05/2025
15:27 MYT
PGA gagalkan cubaan seludup ketum, 12 individu ditahan
PGA Briged Tengah menahan 12 lelaki menerusi Op Taring Mitra kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menyeludup, mengedar daun serta air ketum dalam dua serbuan di Selangor dan Kuala Lumpur pada 24 April dan Selasa lepas. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah menahan 12 lelaki menerusi Op Taring Mitra kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menyeludup, mengedar daun serta air ketum dalam dua serbuan di Selangor dan Kuala Lumpur pada 24 April dan Selasa lepas.
Komander PGA Briged Tengah SAC Hakemal Hawari menerusi kenyataan berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas daun ketum, air ketum, beberapa buah kenderaan dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memproses serta mengedar bahan itu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM657,400.
"PGA Briged Tengah akan terus mempergiat usaha membanteras jenayah rentas sempadan melalui pelbagai pendekatan strategik khususnya di kawasan perairan pantai Selangor dan pantai barat Johor.
"Ia termasuk Op Taring Nyah 1 yang dilaksanakan di Selangor dan Johor bagi membanteras kemasukan pendatang tanpa izin dan Op Kontraban yang memfokus kepada penyeludupan barangan tidak bercukai.
"Kita turut melaksanakan Op Bersepadu Khazanah bagi menangani kesalahan berkaitan hidupan liar serta khazanah negara dan Op Hazard yang menumpukan kepada jenayah alam sekitar," katanya.
Kesemua operasi ini, kata beliau dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain sebagai pendekatan holistik dalam menangani jenayah rentas sempadan,
Hakemal berkata dalam tempoh 1 Jan hingga hari ini sebanyak 148 serbuan telah dilakukan di kawasan tanggungjawab PGA Briged Tengah merangkumi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Beliau berkata secara keseluruhan, sebanyak 576 individu ditahan dengan jumlah rampasan pelbagai barangan bernilai RM882.1 juta.
Pada masa yang sama, Hakemal turut menyeru masyarakat supaya tampil menjadi "mata dan telinga" pasukan keselamatan dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti haram bagi memastikan sempadan negara kekal selamat dan bebas daripada ancaman pencerobohan serta aktiviti haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA Briged Tengah
#Op Taring Mitra
#ketum
#Pasukan Gerakan Am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan