awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih seludup

Bernama
Bernama
18/03/2025
14:45 MYT
PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih seludup
Shahrum berkata dua lelaki tempatan itu ditahan pada 4 petang oleh sepasukan anggota daripada Cawangan Risik Ibu Pejabat Risik Briged Utara PGA yang menjalankan operasi penguatkuasaan kawal selia padi dan beras. - Gambar PGA
ALOR SETAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki yang membawa 40 tan beras putih dipercayai diseludup dari negara jiran di Jitra, Ahad lepas.
Komander Briged Utara PGA SAC Shahrum Hashim berkata dua lelaki tempatan itu ditahan pada 4 petang oleh sepasukan anggota daripada Cawangan Risik Ibu Pejabat Risik Briged Utara PGA yang menjalankan operasi penguatkuasaan kawal selia padi dan beras.
"Dua lelaki itu membawa muatan 40 tan beras putih menggunakan lori itu disyaki diseludup masuk dari negara jiran melalui Rantau Panjang, Kelantan dan dibawa ke kawasan sebelah Utara untuk dipasarkan.
"Nilai beras yang dirampas berjumlah RM160,000 dan turut dirampas lori bernilai RM350,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta 522 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata Briged Utara PGA giat melakukan pengawasan dan rondaan di sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi mengekang pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang.
"Bridge Utara PGA akan terus komited dan konsisten dalam menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang khususnya melibatkan penyelewengan barang keperluan harian.
"Orang ramai juga diseru supaya menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#beras putih
#negara jiran
#barang keperluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan