awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KLIA perkukuh peranan bendung penyeludupan hidupan liar menerusi program kesedaran barisan hadapan
PPM Langkawi patahkan cubaan seludup peranti, cecair vape ke Thailand
Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ketua Radio Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tumpas sindiket rokok seludup, rampas 1.15 juta batang rokok bernilai RM2.2 juta

Bernama
Bernama
13/07/2025
11:40 MYT
PGA tumpas sindiket rokok seludup, rampas 1.15 juta batang rokok bernilai RM2.2 juta
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pada 6.30 pagi itu menemukan 1.15 juta batang rokok putih jenama 'John JDB' dan 'SAAT' dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok seludup menerusi serbuan Op Taring Alpha 1 di kawasan kuari Mukim Jerus, Bukit Jawa, Pasir Puteh, Jumaat lepas.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pada 6.30 pagi itu menemukan 1.15 juta batang rokok putih jenama 'John JDB' dan 'SAAT' dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan.
Beliau berkata rokok berkenaan ditemukan dalam sebuah kenderaan dan kontena di lokasi serbuan, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan serta kontena dianggarkan RM2.215 juta.
"Seorang lelaki warga Indonesia turut ditahan selepas ditemukan bersembunyi di dalam sebuah kabin berhampiran lokasi serbuan dan didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Kesemua barang rampasan bersama suspek telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini,
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA Briged Tenggara
#rokok seludup
#Op Taring Alpha 1
#Pasir Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan