awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA7 tahan lima pendatang tanpa izin dari negara jiran

Bernama
Bernama
29/12/2021
05:25 MYT
PGA7 tahan lima pendatang tanpa izin dari negara jiran
Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63. - Gambar fail
PASIR MAS: Anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berjaya menahan lima warga Thailand yang memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah berhampiran Lebuh Raya Rantau Panjang-Pasir Mas, di sini pukul 6 petang semalam.
Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata, kesemua tiga lelaki dan dua wanita berumur antara 15 dan 22 tahun itu ditahan selepas pihaknya memeriksa sebuah Perodua Alza yang dipandu oleh seorang wanita yang memegang pasport Thailand.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu dalam kes berasingan Azhari berkata pasukannya berjaya merampas 593 botol cecair vape pelbagai perisa yang dianggarkan bernilai RM50,405 berdekatan pangkalan haram Lubok Gong, di sini, pukul 4.30 pagi tadi.
Katanya kesemua perisa vape itu ditemukan di dalam beberapa kotak di tebing Sungai Golok oleh sepasukan anggota PGA7 yang membuat rondaan, namun beberapa lelaki yang pada mulanya dilihat memunggah kotak-kotak itu dari tebing sungai ke dalam sebuah perahu, terus melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota PGA7.
Beliau berkata kesemua barangan itu akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA7
#warga Thailand
#Azhari Nusi
#Akta Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan