awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH tidak mungkiri janji 20 peratus royalti petroleum - PKR Sarawak

Bernama
Bernama
01/08/2018
21:11 MYT
PH tidak mungkiri janji 20 peratus royalti petroleum  - PKR  Sarawak
See berkata kritikan adalah perkara biasa, khususnya daripada pembangkang, namun yang penting PH menunaikan janjinya demi kebaikan Sarawak. Gambar fail
PKR Sarawak pada Rabu menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak memungkiri janji pilihan rayanya untuk menaikkan kadar royalti petroleum Sarawak dan Sabah kepada 20 peratus atau setara.
Naib Pengerusinya See Chee How berkata kerajaan persekutuan yang diterajui PH telahpun mengambil langkah pertama untuk menunaikan janji tersebut.
"Saya berterima kasih kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah ditugaskan (bagi tujuan itu) dan telahpun memulakan tindakan-tindakan perlu untuk merealisasikan janji berkenaan," katanya pada sidang media, di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan beberapa pihak termasuk kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan persekutuan untuk membayar royalti 20 peratus berdasarkan keuntungan bersih dan bukan pengeluaran kasar.
Mengulas lanjut, See berkata kritikan sedemikian adalah perkara biasa khususnya daripada pembangkang namun yang penting PH menunaikan janjinya demi kebaikan Sarawak.
Katanya apabila GPS yang dahulunya sebahagian BN negeri menuding jari kepada pemimpin PH, ada "empat lagi jari" menuding ke arah mereka kerana selama 43 tahun mereka tunduk kepada kerajaan persekutuan BN yang diterajui UMNO, tanpa sebarang percubaan untuk memperjuangkan agihan kekayaan petroleum yang lebih adil bagi Sarawak.
"Saya berkeyakinan penuh kerajaan PH akan menunaikan janji bayaran hasil lebih saksama kepada Sarawak demi memenuhi keperluan pembangunan negeri.
"Menerusi janji royalti 20 peratus atau setara, saya percaya akan ada perubahan mekanisme dan institusi bagi memastikan lebih banyak projek Petronas di Sarawak akan dilaksanakan oleh syarikat Sarawak, berbanding hanya dikuasai oleh syarikat tertentu yang mempunyai kaitan politik.
"PH akan tunaikan janji pilihan rayanya," tegas See.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Barisan Nasional
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#janji
#kerajaan
#keuntungan bersih
#kritikan
#Mahathir Mohamad
#minyak
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#pengeluaran kasar
#petroleum
#Petronas
#pilihan raya
#PKR
#politik
#royalti
#Sarawak
#See Chee How
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan