KUALA LUMPUR: Pelakon yang popular menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan kini bergelar suami isteri.
 
Hal tersebut dikongsikan oleh penyampai radio dan pengacara Issey Fazliham menerusi kemas kini terbaharu di Instagram miliknya.
 
“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan.
 

“Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi mai pi mai tang tu,” tulisnya.
 
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, ramai yang mendoakan kebahagian dan kesejahteraan pasangan tersebut.
 
Sabri dan Angeline masing-masing meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Menerusi sitkom berkenaan, mereka menggalas watak Wan Ismail Golok dan Lucy. - Gempak