KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) memulakan aksi pertama Kumpulan G saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) dengan langkah kanan, selepas menewaskan Central Coast Mariners 1-0, sebentar tadi.
Beraksi di laman sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), TFC bermula garang dengan melancarkan serangan seawal minit kedua, disusuli sepakan percuma pada minit ke-11 yang tersasar ke kanan gawang.
Pasukan tuan rumah yang diketuai Habib Haroon sekali lagi beroleh peluang mencetak gol pertama pada minit ke-15, namun tendangan Ivan Mamut jauh tersasar melepasi palang sekali gus mengecewakan lebih 5,000 penyokong tuan rumah.
Bagaimanapun pada masa kecederaan babak pertama, TFC berjaya memperoleh gol pertama berpunca daripada kesilapan pertahanan Mariners, Nathan Paull yang tertampan bola ke gawang sendiri.
Bersambung babak kedua, TFC yang tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan ke atas kubu pelawat hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-47, namun rembatan deras Sony Norde dalam kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol pelawat Daniel Vukovic, yang juga kapten pasukan.
Baki perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan untuk menjadikan kekal TFC mendahului Mariners 1-0.
Dalam perlawanan kumpulan sama, Bali United bermula dengan baik apabila menundukkan Stallion Laguna FC daripada Filipina 5-2 di Stadium Bolasepak Binan, Laguna, Filipina.
Penyerang dari Montenegro Ilija Spasojevic, membuka tirai jaringan buat Bali United pada minit ke-27 sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan, menerusi Junior Ngong Sam tiga minit kemudian.
Jaringan kedua Bali United disudah pertahanan skuad Haudi Abdillah pada minit ke-33 sebelum Mohammed Bassim dan Muhammad Syamsuddin Rachmat, meletakkan pasukan pelawat pada kedudukan selesa dengan jaringan ketiga dan keempat, masing-masing pada minit ke-53 dan 69.
Spasojevic kemudian sekali lagi muncul sebagai wira pasukan, apabila meledak jaringan kelima pada minit ke-72, sebelum pasukan tuan rumah menambah gol menerusi jaringan Abraham Placito pada minit ke-88 dan kedudukan 5-2 itu kekal sehingga ke wisel penamat.
Bali United kini mendahului Kumpulan G, berkongsi tiga mata TFC yang menghuni tangga kedua namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan manakala Central Coast Mariners dan Stallion Laguna FC masing-masing menduduki tempat ketiga dan terakhir tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Pasukan Terengganu FC memperoleh gol pertama selepas pemain pasukan Central Coast Mariners FC Nathan Paull (tiga, kanan) tertampan bola ke gol sendiri pada aksi Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 malam ini. - Foto BERNAMA
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Steinbruckner nafi dapat khidmat Ponstonjski untuk TFC
Pengendali skuad Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menafikan desas-desus bakal mendapat khidmat pemain Croatia, Igor Ponstonjski.
Ke mana destinasi Rahadiazli?
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
Penghijrahan ke TFC keputusan sendiri - Akhyar Rashid
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Wajah baharu TFC 'skuad idaman' Steinbruckner
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.
Safawi Rasid tidak lagi panaskan bangku simpanan?
Semoga magis sebagai 'dead ball speacialist" mampu dilakukan Safawi apabila bersama Skuad Penyu.
Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).
Akram Mahinan sah milik TFC
Bukan lagi khabar angin, bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan kini sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).
Ivan Mamut kekal bersama TFC - CEO TFCSB
Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.