awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain

Bernama
Bernama
18/02/2024
11:52 MYT
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Mohd Sabri berkata Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA NERUS: Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas berkata dua pemain berkenaan ialah tonggak pertahanan, Arif Fadzilah Abu Bakar dan pemain sayap, Faiz Nasir yang mendapat jolokan "Messi Ganu".
Beliau berkata Arif Fadzilah hampir pasti dipinjamkan ke Kuching City FC (KCFC) selama satu musim iaitu sehingga tamat Liga Malaysia (Liga M) April tahun depan.
"Kelantan United FC (KUFC) berminat mendapatkan khidmat Faiz Nasir, tetapi masih dalam proses rundingan kerana KCFC juga menaruh minat sama," katanya ketika ditemui selepas majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman dengan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT) di Gong Badak hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KUTT, Ahmad Azhan Suhaili @ Ismail.
Sementara itu Ahmad Azhan berkata syarikatnya berminat menaja TFC kerana pencapaian membanggakan pasukan itu musim lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#pinjamkan pemain
#TFC
#langkah jimat cermat
#Mohd Sabri Abas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan