awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas jika program ‘Glamping With Pride’ diteruskan - Polis
Lebih 20 jam tangan Rolex jutaan ringgit ditemui di rumah isteri kedua bekas Panglima TDM
Keluarga semakin berantakan, anak hantar notis peguam terhadap David Beckham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Ali Madan dedikasi gol kemenangan kepada keluarga, penyokong Bahrain

Bernama
Bernama
21/01/2024
00:00 MYT
Piala Asia: Ali Madan dedikasi gol kemenangan kepada keluarga, penyokong Bahrain
Pemain Bahrain Al Madan meraikan selepas menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Asia Kumpulan E menentang Malaysia di Stadium Jassim bin Hamad. - Foto AP
AL RAYYAN: Pemain tengah Bahrain Ali Madan mendedikasikan gol kemenangannya ke atas Malaysia pada perlawanan kedua Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 kepada seluruh ahli keluarganya dan penyokong setia skuad Dilmun's Warriors.
Pemain kelab Ajman berusia 28 tahun itu menjaringkan gol pada minit-minit akhir masa kecederaan babak kedua perlawanan untuk mengesahkan kemenangan 1-0 Bahrain ke atas Malaysia sekali gus membantu pasukannya meraih kemenangan pertama pada kempen kali ini.
Kemenangan itu menghidupkan peluang Bahrain untuk memburu tempat ke pusingan 16 terbaik menjelang aksi terakhir kumpulan menentang Jordan Khamis ini, sekali gus menyamai pencapaian pada edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Ia merupakan saat yang hebat untuk menjaringkan gol pada minit-minit terakhir dengan tekanan yang tinggi saya ingin mendedikasikan gol ini kepada ibu dan bapa saya, isteri, anak-anak dan penyokong," katanya dalam sidang media selepas perlawanan di sini.
Gol itu merupakan jaringan pertamanya di pentas Piala Asia sejak kali pertama mewakili Bahrain pada edisi lepas.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Bahrain Juan Antonio Pizzi merasakan pasukan bimbingannya layak memenangi perlawanan yang mendebarkan itu.
Beliau berkata gol kemenangan pada minit-minit akhir itu disebabkan keupayaan anak buahnya mengekalkan fokus sepanjang permainan yang menyaksikan mereka berjaya mencipta beberapa peluang untuk memecah kebuntuan.
"Kami memenanginya pada minit-minit terakhir tetapi ia bukannya nasib, kami berhak menang, hasil kerja keras dan kami mencipta banyak peluang tetapi tidak dapat melakukan jaringan pada awalnya. Kami tahu ia akan menjadi suatu perlawanan yang sukar dan ia sememangnya berlaku, kami berhak untuk menang, kata jurulatih berusia 55 tahun itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Asia
#Ali Madan
#gol kemenangan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan