MENJELANG aksi separuh akhir Piala Asia di antara Iran dan Qatar malam ini, reputasi kedua pasukan ini tidak boleh disangkal lagi.
Qatar sebagai tuan rumah dengan misi mempertahankan kejuaraan manakala Iran pula enggan mengulangi peristiwa edisi lalu tersingkir dalam separuh akhir.
Berdasarkan ranking FIFA, Iran kini sudah naik ke kedudukan ke-20 selepas menewaskan Jepun tempoh hari dalam suku akhir, sekali gus menjadi pasukan kedua mempunyai ranking tertinggi dalam Piala Asia selepas Jepun.
Jika ‘Team Melli’ berjaya menewaskan Qatar dan muncul juara Piala Asia 2023, mereka bakal menggantikan kedudukan Jepun dalam ranking FIFA.
Selain itu, rekod pertemuan juga memihak Iran apabila mereka menang enam kali ke atas Qatar dalam enam pertemuan terakhir.
Lebih menakjubkan, skuad kendalian Ardeshir Ghalehnoy itu juga masih memegang rekod ‘unbeaten’ dalam 10 perlawanan terakhir mereka.
Tetapi harus diingat bahawa ranking dan rekod pertemuan bukanlah penentu segalanya kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak, lebih-lebih lagi melihat kepada kejutan demi kejutan yang hadir di kempen Piala Asia 2023 kali ini seperti kejayaan Jordan mencalar ego pasukan ‘superstar’ Tottenham Hotspur, Son Heung Min, untuk mara ke pentas final buat kali pertama dalam sejarah!
Buat Qatar, mereka mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah dengan sokongan padu penyokong yang bakal memberi aura luar biasa.
‘The Maroons’ memenangi kesemua perlawanan dalam aksi peringkat kumpulan untuk menyingkirkan Palestin di pusingan 16, seterusnya menjinakkan Uzbekistan dalam aksi sengit suku akhir yang berakhir dengan penentuan sepakan penalti untuk menang tipis 3-2.
Dengan kedua-dua pasukan dalam prestasi terbaik mereka, sudah pasti peminat bola sepak di seluruh dunia menjangkakan perlawanan yang sengit dalam misi buru slot terkahir ke pentas final Piala Asia 2023.
Jadi siapa pilihan anda? Iran atau Qatar?
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Wed Feb 07 2024
Jika ‘Team Melli’ berjaya menewaskan Qatar dan muncul juara Piala Asia 2023, mereka bakal menggantikan kedudukan Jepun dalam ranking FIFA. - Foto Stadium Astro
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah menjalani Sesi Latihan Rasmi di stadium berkenaan pada Rabu.
Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia
TEKA-teki sama ada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi akan disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) Qatar pada April akhirnya terjawab.
'Saya kecewa, terluka' - Pan-gon
Kim Pan-gon mengharapkan penyokong tidak meletakkan harapan terlalu tinggi menjelang dua perlawanan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Keadaan padang baik, aksi Harimau Malaya-Oman kekal di Stadium Nasional
Stadium Nasional Bukit Jalil kekal menjadi venue bagi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Faisal Halim menang gol terbaik Piala Asia
Faisal Halim memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar apabila jauh mendahului pesaing lain selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin.
EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia
Ange Postecoglou tampil mempertahankan kapten Tottenham, Son Heung-min, atas insiden yang berlaku dalam kem Korea Selatan sewaktu saingan Piala Asia.
Republik Korea ambil keputusan lepaskan khidmat Jurgen Klinsmann
Ketua jurulatih Republik Korea, Jurgen Klinsmann, telah dipecat selepas hanya bersama pasukan selama 12 bulan.
Piala Asia: Kalau Qatar ada 'Salah', Jordan ada 'Messi'
Mousa Al Tamari selangkah sahaja lagi untuk mencipta sejarah tersendiri bagi negara kelahirannya Jordan muncul juara pertama kali bagi Piala Asia.