KUALA LUMPUR: Malaysia terpaksa berpuas hati dengan status naib juara pada edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) 2024 selepas tewas 2-5 di tangan Belanda pada aksi final, malam Rabu (awal pagi Khamis di Malaysia).
Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama, namun Malaysia pantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan gol padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook kurang daripada 45 saat kemudian.
Belanda, yang hadir selaku juara Eropah, kemudian melebarkan jurang menerusi jaringan gol padang Reyenga Pepijn pada minit keenam dan Drift Yannick pada minit ke-13 untuk mendahului 3-1 menjelang waktu rehat.
Bersambung babak kedua, Muhammad Firdaus Omar merapatkan jurang bagi skuad kendalian Wallace Tan menerusi jaringan minit ke-16, tetapi Belanda berjaya muncul juara sulung Piala Dunia 5s apabila Sander de Wijn (minit 26) dan Jamie van Aart (minit 28) masing-masing menjaringkan satu gol.
Malaysia mara ke final selepas mengatasi Poland 4-3 pada separuh akhir, manakala Belanda menewaskan tuan rumah Oman 5-3.
Oman kemudian meraih gangsa selepas menewaskan Poland 3-2 pada aksi penentuan tempat ketiga-keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Konfederasi Hoki Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5 sebelah 2024. - Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
KBS, MSN hantar permohonan peruntukan RM3.9 juta untuk skuad hoki 5s
Hannah Yeoh berkata, peruntukan itu juga akan digunakan untuk persediaan pasukan negara ke Piala Dunia Hoki 5s pada 2028.
Skuad hoki 5s terima insentif RM80,000
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika ditemui wartawan Astro Arena hari ini.
Naib juara di Oman, pencapaian tertinggi hoki negara - Wallace
Anak buahnya telah mengerah segala usaha pada aksi final kejohanan itu, namun terpaksa akur dengan kehebatan Belanda selaku juara Eropah.
Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia muncul naib juara selepas tewas 2-5 kepada Belanda
Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama.