KUALA LUMPUR: "Piala ini untuk Malaysia!," kata pelumba muda negara, Syarifuddin Azman mendedikasikan kejayaan muncul juara Perlumbaan 1 saingan CEV Moto3 Remaja Dunia FIM di sirkit de Barcelona-Catalunya, malam tadi.
Pelumba pasukan SIC Racing berusia 19 tahun itu berkata, kesemua kerja keras oleh diri dan pasukannya, berbaloi selepas kemenangan pertamanya itu, walaupun bermula daripada petak ke-10.
"Kami telah bekerja keras bagi mendapatkan penalaan motosikal yang tepat sepanjang minggu, dan semuanya berbaloi. Saya berterima kasih kepada keluarga saya, penaja, pasukan dan rakan-rakan. Piala ini untuk Malaysia.
"Saya bersyukur untuk hari ini. Saya menang perlumbaan pertama, namun saya jatuh pada perlumbaan kedua selepas seorang pelumba lain melanggar saya," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Tahniah Damok! Muhyiddin bangga Syarifuddin gegar Litar Catalunya
Dengan nama gelaran Damok, pelumba kelahiran Selangor itu menang selepas melepasi garisan penamat dalam masa 29 minit dan 32.553 saat (s) pada perlumbaan sejauh 74.5 kilometer, menewaskan dua pelumba tuan rumah David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Namun, beliau tidak bernasib baik dalam Perlumbaan 2, selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan ke-11.
25 mata yang diperolehi dari kemenangan itu membolehkan Syarifuddin melonjak naik ke kedudukan ke-10 dalam kedudukan kejohanan dunia dengan 31 mata selepas lima perlumbaan, manakala Daniel Holgado dari Junior Aspar Team, yang memenangi empat perlumbaan lain musim ini, masih kekal mendahului dengan 113 mata.
Perlumbaan 2 Moto2 pula menyaksikan, Adam Norrodin hampir menamatkan perlumbaan di podium walaupun bermula dari petak ke-20, selepas menduduki tempat keempat dengan catatan masa 30:22.746s. Adam terlibat kemalangan pada pusingan ke-12 pada Perlumbaan 1.
Kategori European Talent CUP (ETC) pula menyaksikan Sharul Ezwan Mohd Sharil menduduki tempat ke-14 selepas menamatkan 15 pusingan dalam masa 28:40.727s, manakala Muhammad Hakim Danish Ramli di tempat ke-14 dengan masa 28:41.762s.
Sementara itu pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin amat gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pelumba Malaysia dalam kejohanan pembangunan bakat, yang terarah kepada Kejuaraan Dunia MotoGP.
"Ia satu hari yang hebat untuk kami di SIC Racing apabila Damok menang perlumbaan pertama, saya amat gembira dengan peningkatan yang beliau lakukan minggu ini. Untuk Adam, ia bukan hujung minggu yang mudah untuknya, kerana terpaksa menghadapi masalah dengan motosikalnya, kami tidak dapat mencari penalaan yang terbaik untuk motosikalnya minggu ini.
"Ini merupakan satu pengalaman yang penting buat Hakim Danish untuk berlumba dengan pelumba Eropah yang lain. Secara keseluruhannya, ia satu minggu yang positif dan berharap kita boleh mengekalkan momentum ini untuk perlumbaan kami yang seterusnya," katanya merujuk kepada pusingan selanjutnya kejuaraan itu di Sirkit Antarabangsa Algarve, Portugal pada 4 Julai.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah atas kejayaan Damok menerusi platform media sosialnya.
"Tahniah Syarifuddin Azman! Aksi berani beliau pada pusingan terakhir membuahkan hasil muncul juara perlumbaan 'Moto3 Junior World Championship' di Barcelona sebentar tadi.
"Sama-sama kita berikan sokongan dan semangat buat beliau. Tahniah Syarifuddin, kekalkan prestasi, 'FULL GAS' untuk perlumbaan seterusnya," katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 14 2021
Damok, pelumba kelahiran Selangor menang selepas melepasi garisan penamat dalam masa 29 minit dan 32.553 saat (s) pada perlumbaan sejauh 74.5 kilometer. - Gambar BERNAMA
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Moto3: Masa depan Damok semakin kabur
Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada GP Motosikal Malaysia 2023 semalam, kian menutup peluangnya.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.
Serba tidak menjadi buat Damok di Sepang
Segala-galanya ibarat tidak menjadi buat pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman apabila beliau terus menampilkan aksi hambar dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang.
SIC, ZK Racing bincang masa depan Damok
Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengadakan perjumpaan bersama pengurus pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin bagi membincangkan masa depan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman.
Damok raih lima mata berharga di GP Argentina
Damok menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat.
GP Malaysia: Damok 'kecewa' gagal lebih pantas
Syarifuddin menyifatkan prestasinya dalam perlumbaan di SIC sedikit sebanyak dipengaruhi tetapan jentera yang digunakan.
GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.
Peluang lihat wakil negara beraksi di GP Malaysia masih terbuka
Zulfahmi berkata usaha untuk memastikan pelumba negara mendapat tiket wild card bagi beraksi di Sepang sedang giat berjalan.
Damok raih tempat kedua pada dua perlumbaan di Barcelona
Pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat kedua berganda pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Litar de Barcelona di Sepanyol, hari ini.
Damok sedia gegar litar perlumbaan GP Sepanyol dan Portugal
Syarifuddin lebih dikenali sebagai Damok yang beraksi atas tiket 'wildcard' akan membuat penampilan itu dalam kelas Moto3.