KUALA LUMPUR: Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, esok.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
Beliau turut menitipkan kata-kata semangat bagi mengajak orang ramai sama-sama menyaksikan aksi separuh akhir yang berlangsung pada 5 petang.
"Come out and cheer for our boys this Saturday! (Marilah kita sama-sama berikan sorakan kepada skuad negara pada Sabtu ini!)," katanya di halaman Facebook rasminya.
Semalam, Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas lapan tahun apabila menyingkirkan bekas juara edisi 2014, Jepun 3-1 di Pusat Sukan Chengdu Hi-Tech Zone, China.
China melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan juara bertahan India 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.
Senarai 15 lokasi tayangan skrin besar:
1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
2. Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
3. SACC Mall, Shah Alam, Selangor
4. Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
5. Kompleks Belia Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
6. Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Perak
7. Kompleks Belia Sukan Negeri Sembilan, Paroi
8. Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh, Melaka
9. Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Johor
10. Dataran Kolej Polytech Mara, Kota Bharu, Kelantan
11. Ali Spices Kampung Ladang Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu
12. Padang MBK 1, Kuantan, Pahang
13. Kompleks Belia Sukan Negeri Sarawak, Kuching
14. Kompleks Belia Sukan Negeri Sabah, Putatan
15. Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Sukan Labuan, Sabah
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Orang ramai digesa sama-sama menyaksikan aksi separuh akhir yang berlangsung pada 5 petang. - Foto KBS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ambil kira aspek perundangan, implikasi kewangan - Kesuma
Aspek perundangan merangkumi akta baharu, mekanisme kilanan dan implikasi kewangan antara perkara yang perlu diambil kira dalam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig demi menjaga kebajikan golong
Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook
Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
Piala Thomas: Jun Hao sedia pikul tugas perseorangan utama negara
Beliau yakin pengalaman diraih ketika edisi 2022 di Bangkok dapat membantu dalam saingan di Chengdu pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.