awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK: 8.81 juta individu selesai terima dos penggalak

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2022
21:00 MYT
PICK: 8.81 juta individu selesai terima dos penggalak
Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.67 juta populasi keseluruhan atau 78.6 peratus yang lengkap divaksinasi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 8.81 juta individu atau 27 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Pada Khamis, terdapat pertambahan 260,346 individu melengkapkan suntikan ketiga vaksin tersebut.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.67 juta populasi keseluruhan atau 78.6 peratus yang lengkap divaksinasi.
Manakala, 26.04 juta individu atau 79.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi dewasa, seramai 22.9 juta individu atau 97.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala 99 peratus atau 23.18 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.77 juta individu atau 88.1 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 265,957 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 60.31 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#PICK
#COVIDNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan