KUALA LUMPUR: Lebih 2,600 pengamal perubatan am swasta (GP) telah berdaftar dengan ProtectHealth sejak 8 Mac 2021 sehingga kini.
Daripada jumlah ini hampir 800 daripadanya telah menyatakan kesediaan untuk menjalankan khidmat vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Justeru ProtectHealth Corporation Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, proses mendapatkan 'lampu hijau' (kelulusan) akan diselesaikan secepat mungkin untuk tujuan itu.
“Sehingga kini, lebih 200 Pengamal Perubatan Swasta telahpun menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan menjalankan vaksinasi di bawah PICK.
“ProtectHealth telah mengadakan sesi taklimat PICK dengan kerjasama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan dihadiri kira-kira 200 ahli persatuan.
“Selain itu, ProtectHealth sendiri telah mengadakan lebih 15 sesi taklimat dan latihan kepada semua pengamal perubatan swasta yang berdaftar yang diadakan secara berterusan bermula 29 Mac 2021 melibatkan lebih 6,000 pengamal perubatan swasta,” ujar ProtectHealth.
Kenyataan dikeluarkan bagi menjawab dakwaan tiada sesi libat urus bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dilakukan bagi pelaksanaan PICK.
Selain itu, menurut kenyataan itu lagi sebagai memastikan pengendalian vaksinasi adalah mengikut standard dan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua Jabatan Kesihatan Negeri sedang bertungkus-lumus memudah cara dalam memaksimumkan penglibatan pengamal perubatan swasta ini.
ProtectHealth pada masa sama menjemput semua 9,200 fasiliti kesihatan swasta yang berdaftar dengan KKM untuk bersama-sama terlibat dalam PICK dan meningkatkan kapasiti dos sehari bagi mencapai imuniti kelompok dengan kadar segera.
Astro Awani
Tue Jun 01 2021
Sehingga kini, lebih 200 Pengamal Perubatan Swasta telahpun menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan menjalankan vaksinasi di bawah pelaksanaan PICK. - Astro AWANI
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Lebih 30 peratus doktor dibuli - MMA
Sebanyak 30 hingga 40 peratus pengamal perubatan melaporkan pernah mengalami beberapa bentuk buli.
Musk, Zuckerberg bertarung di Rom?
Elon Musk mengumumkan pertarungan seni bela diri campuran (MMA) yang dinanti-nantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg akan berlangsung di Itali.
Khabib enggan latih Elon Musk
Bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilapor enggan melayan permintaan pengasas Tesla, Elon Musk yang mahu atlet seni bela diri campuran (MMA) itu melatihnya.
Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
MMA tidak setuju mogok doktor kontrak
MMA tidak bersetuju dengan tindakan mogok sebagai cara untuk mendesak kerajaan menangani isu-isu yang dihadapi doktor kontrak.
MMA persoal kerajaan henti pinjaman pelajar perubatan
Meskipun kerajaan perlu mengawal bilangan graduan dalam bidang itu, namun bukan dengan cara menghentikan pinjaman pengajian.
UFC 285: Alexa Grasso cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Shevchenko
Alexa Grasso mencipta sejarah apabila menjadi petarung seni bela diri (MMA) wanita pertama dari Mexico untuk meraih gelaran kejuaraan UFC.
UFC 285: Jon Jones kembali lebih garang, raih kejuaraan heavyweight
Jon Jones kembali ke gelanggang Octagon, sekali gus meraih kejuaraan heavyweight selepas menumpaskan Ciryl Gane dari Perancis.
Atlet MMA Victoria Lee meninggal dunia pada usia 18 tahun
Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada 26 Disember lalu.
Presiden UFC sifatkan bola sepak tidak perlukan bakat, sekadar 'sukan untuk kanak-kanak'
Di sebalik dakwaan White, angka tontonan di Piala Dunia tahun ini mencapai angka luar biasa.