awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICKids: Kerajaan perluas 'outreach' sekolah

Bernama
Bernama
24/02/2022
12:44 MYT
PICKids: Kerajaan perluas 'outreach' sekolah
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata setakat ini sebanyak 392 pasukan telah digerakkan ke 1,244 sekolah di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA BERANG: Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan program 'outreach' sekolah di seluruh negara sebagai langkah meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata setakat ini sebanyak 392 pasukan telah digerakkan ke 1,244 sekolah di seluruh negara.
"Pasukan 'outreach' ini bergerak dari sekolah ke sekolah, (berlainan dengan) PPV (pusat pemberian vaksin) sekolah yang kita kumpul kira-kira enam hingga tujuh sekolah sekali dan buat (vaksinasi) di satu sekolah," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, di sini hari ini.
Sementara itu, katanya, sebanyak 81 PPV sekolah sedang beroperasi bagi meningkatkan kadar vaksinasi kanak-kanak di negeri ini yang hanya mencapai 7.5 peratus setakat ini.
Beliau berkata tujuh PPV offsite melibatkan petugas kesihatan swasta dan kerajaan, turut dibuka di seluruh Terengganu untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PICKids
#program outreach sekolah
#vaksinasi
#COVID-19
#Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan