awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICKids Pahang bermula Isnin

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2022
03:58 MYT
PICKids Pahang bermula Isnin
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Pahang akan bermula Isnin depan. -Gambar fail
KUANTAN: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Pahang akan bermula Isnin depan.
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan, buat permulaan pemberian vaksin itu akan dilaksanakan di pusat pemberian vaksin khas (SPPV) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan menyasarkan kumpulan kanak-kanak komorbid yang layak.
Menurutnya, bilangan PPV yang dirancang ialah sebanyak 78 membabitkan 11 SPPV, 60 klinik kesihatan dan 7 PPV 'offsite'.
"Terdapat juga beberapa PPV jangkau luar sekolah yang sedang diperhalusi untuk dibuka dan jumlah PPV mungkin akan bertambah dari masa ke masa bergantung kepada liputan vaksinasi," katanya.
Tambah beliau, buat permulaan hanya satu jenis vaksin sahaja yang ditawarkan iaitu Corminaty (Pfizer-BioNTech) dos kanak-kanak.
Dr Nor Azimi turut memberitahu, sehingga Khamis lalu, seramai 27,864 orang atau 14.1 peratus daripada anggaran 197,700 kanak-kanak di negeri ini telah berdaftar melalui MySejahtera secara sukarela.
Setakat ini, seramai 517,107 atau 15 peratus kanak-kanak dalam usia itu menyertai PICKids.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pfizer-BioNTech
#PICKids
#Nor Azimi Yunus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan