awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa perlu proaktif selesai masalah projek rumah terbengkalai

Bernama
Bernama
21/11/2017
12:16 MYT
Pihak berkuasa perlu proaktif selesai masalah projek rumah terbengkalai
ADNAN mahu KPKT dan JPN lebih proaktif dalam menyelesaikan isu rumah terbengkalai. - Gambar fail Bernama
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) perlu proaktif menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ini kerana permohonan dan kelulusan lesen pemaju serta permit iklan dan jualan adalah bidang kuasa Bahagian Perlesenan Pemaju Perumahan, jabatan serta kementerian berkenaan.
"Semasa proses pembinaan, pemaju wajib melaporkan status pembinaan kepada Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta dan untuk mengatasi masalah projek terbengkalai ini, semua pihak kena proaktif baik pembeli, pemaju mahupun pihak berkuasa kerana jika diharapkan sepenuhnya kepada pihak kerajaan (untuk memantau), kita tidak ada kemampuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Adnan berkata demikian sebagai menjawab soalan Sim Chon Siang (PKR-Semambu) yang mahu penjelasan sama ada kerajaan mempunyai satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah projek terbengkalai, selain tindakan mahkamah.
Adnan (BN-Pelangai) berkata, untuk menentukan sama ada status projek terbengkalai atau tidak, ia akan akan ditentukan oleh Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai yang kemudian akan melaksanakan kajian pemulihan projek perumahan itu sama ada melantik pemaju penyelamat atau pemulangan wang deposit kepada pembeli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#kerajaan
#Kuantan
#Menteri Besar
#Pahang
#rumah
#rumah terbengkalai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan