awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak kerajaan perlu jadi contoh turunkan harga barang - Mahfuz Omar

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2015
07:30 MYT
Pihak kerajaan perlu jadi contoh turunkan harga barang - Mahfuz Omar
MAHFUZ: Penurunan harga barangan kawalan pastinya akan dapat membantu rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Dengan penurunan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 1 Januari 2015, pihak kerajaan seharusnya menjadi contoh tauladan dalam menurunkan harga barang yang lain.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata penurunan harga barangan kawalan pastinya akan dapat membantu rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam berhadapan kos sara hidup yang begitu tinggi sekarang.
“Pihak kerajaan sepatutnya menjadi contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kerana terdapat harga barangan seperti gula, tepung gandum, dan minyak masak yang berada dalam senarai harga barangan kawalan kerajaan,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Tambahnya, detik pelaksanaan GST juga kian menghampiri maka pihak kerajaan perlulah membuat persediaan dan langkah yang proaktif untuk membantu rakyat.
“Pihak kerajaan sendiri sudah pun mengakui pelaksanaan GST kelak akan menjadi faktor penyumbang kepada kenaikan harga barang dan berlakunya inflasi,” katanya.
Mahfuz turut mengulas tentang kenaikan 30 sen harga surat khabar di bawah Syarikat New Straits Times Press iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).
“Sungguh menghairankan, dalam keadaan kerajaan membuat seruan agar harga barang diturunkan tetapi pihak berkepentingan di dalam NST berbuat perkara sebaliknya,” katanya.
Topic Berkaitan
#harga diesel
#harga petrol
#kos sara hidup
#Mahfuz Omar
#New Straits Times
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan