awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak swasta disaran kongsi maklumat melalui PADU - Ahli akademik

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
02/01/2024
13:39 MYT
Pihak swasta disaran kongsi maklumat melalui PADU - Ahli akademik
Suhaiza Hanim berkata, kerajaan disaran untuk mewujudkan mekanisme menilai keberkesanan sistem PADU. - Gambar Universiti Malaya
KUALA LUMPUR: Pihak swasta disaran berkongsi lebih maklumat untuk melengkapkan Pangkalan Data Utama (PADU).
Felo Penyelidik Pusat Pengajian Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz Universiti Malaya, Dr. Sayed Mohammad Reza Yamani Sayed Umar berkata, langkah itu boleh dilaksanakan melalui usahasama awam dan swasta secara strategik.
“Pengumpulan data dan maklumat merupakan usaha sama daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan.
“Pihak swasta disarankan bersama berkongsi maklumat dan data untuk keperluan bersama.
“Perlu ada sistem pengaturan yang lebih jelas dan komprehensif oleh pihak kerajaan dan swasta melalui kerjasama strategik secara berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam program sama Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz Universiti Malaya, Prof. Datin Seri Suhaiza Hanim Mohamad Zailani berkata, kerajaan disaran untuk mewujudkan mekanisme menilai keberkesanan sistem PADU.
Jelasnya, antara indikator yang perlu diberi tumpuan ialah keupayaan sistem itu membantu kerajaan meningkatkan sosioekonomi masyarakat.
“Amat penting kita ada satu mekanisme pemantauan untuk tahu impak PADU ini. Pihak kerajaan perlu menyediakan satu platform bagi memantau apa yang telah dijalankan daripada hasil maklumat dihasilkan PADU ini.
“Ini bagi melihat jika ada perubahan pada sosioekonomi kumpulan sasaran tertentu sekali gus bermaksud maklumat atau data daripada sistem ini membantu kerajaan.
“Seterusnya, PADU akan membebaskan rakyat serta keluar daripada kemiskinan dan meningkatkan pendapatan. Ini akan menjadi satu kayu ukur,” katanya.
Agenda AWANI: PADU | Bantuan, subsidi lebih tepat
Topic Berkaitan
#PADU
#pangkalan data
#meningkatkan pendapatan
#hasil maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan