awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PIK perlu dipertingkat, usaha untuk lahirkan lebih ramai usahawan digital

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/09/2021
16:43 MYT
PIK perlu dipertingkat, usaha untuk lahirkan lebih ramai usahawan digital
Tan Sri Annuar Musa berkata, KKMM berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahan digital menerusi setiap PIK yang ditubuhkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Pusat Internet Komuniti (PIK) perlu digerakkan dengan lebih meluas sebagai langkah untuk melahirkan masyarakat yang berasaskan ekonomi digital.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berpendapat, terdapat keperluan untuk mempertingkatkan kemudahan itu bagi mencapai sasaran berkenaan.
“Terdapat keperluan untuk mempertingkatkan dan memperluaskan peranan PIK sebagai pusat pendigitalan ekonomi masyarakat setempat.
“Insya-Allah, ini akan kita lakukan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dan pemasaran dalam talian. KKMM mahu menghasilkan usahawan digital di setiap PIK,” katanya menerusi hantarannya di Twitter pada Ahad.
Terdapat keperluan untuk mempertingkatkan & memperluaskan peranan PIK sebagai pusat pendigitalan ekonomi masyarakat setempat. InsyaAllah ini akan kita lakukan dgn kerjasama syarikat telekomunikasi & pemasaran dalam talian. KKMM mahu menghasilkan usahawan digital di setiap PIK. https://t.co/1WlIDkYqvc
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 19, 2021
Mengulas lanjut, KKMM juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan digital yang menerusi setiap PIK yang ditubuhkan.
Sebelum ini, inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan pelbagai kemudahan di bawah inisiatif yang memberi fokus kepada golongan yang memerlukan khususnya kelompok B40.
Usaha itu turut mendapat kerjasama daripada beberapa syarikat telekomunikasi antaranya Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan Telekom Malaysia (TM).
Topic Berkaitan
#PIK
#Annuar Musa
#jalur lebar
#KKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan