ALOR SETAR: Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih daripada isu rasuah dan salah guna kuasa untuk selamatkan negara.
Pengasas Ummah Kedah, Noor Hakimi Ab Halim berkata, sekiranya golongan yang terbabit dengan rasuah dipilih sebagai pemimpin, negara akan tergugat dan menyebabkan kerosakan yang sangat membimbangkan.
“Semua parti politik di negara ini sama ada pemerintah mahupun pembangkang perlu berusaha meningkatkan lagi kualiti kepimpinan selain mengetengahkan pemimpin yang bebas rasuah.
"Dengan usaha bersepadu ini, sama ada dalam kalangan pimpinan kerajaan atau pembangkang, isu rasuah boleh diatasi,” katanya kepada Sinar Harian.
Noor Hakimi berkata, apabila negara ditadbir urus oleh pemimpin bebas rasuah, sudah tentu usaha membanteras jenayah itu akan lebih berjaya dan negara akan menjadi makmur serta mendapat naungan ALLAH S.W.T.
Menurutnya, rasuah adalah isu besar kerana boleh membawa kepada bencana terhadap negara.
“Rasuah mampu menjejaskan sistem pemerintahan, pertahanan, ekonomi, sosial, malah melibatkan hukum-hakam dalam agama Islam sebagai agama rasmi.
“Jenayah rasuah perlu dilihat sebagai satu kerosakan akhlak kemanusiaan yang terburuk terhadap sesebuah negara. Ia bukan sahaja berlaku di semua negara di dunia, termasuk negara kita,” katanya.
Noor Hakimi berkata, sesebuah negara itu diterajui pemimpin yang memiliki kuasa pemerintahan, diuruskan oleh individu yang berjawatan, digerakkan oleh individu yang berkepentingan dan dihuni rakyat yang menjalani kehidupan pelbagai ragam.
“Justeru, undang-undang anti rasuah dibentuk melibatkan permintaan, penerimaan atau pengambilan.
"Semua yang terlibat dengan rasuah perlu dibawa ke muka pengadilan sama ada pihak yang menawarkan rasuah atau menerima,” katanya.
Menurutnya, manakala pihak yang menyembunyikan jenayah rasuah, sedangkan dia mengalaminya perlu didakwa sebagai bersekongkol dengan jenayah itu.
“Nabi Muhammad SAW bersabda, sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kekuasaannya), jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman,” katanya.
Tambah Noor Hakimi, kekuasaan yang dimiliki menerusi saluran undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan sepenuhnya bagi membenteras jenayah ini.
Sinar Harian
Mon Apr 05 2021
Semua yang terlibat dengan rasuah perlu dibawa ke muka pengadilan sama ada pihak yang menawarkan rasuah atau menerima. - Gambar hiasan
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak rakus, angkuh, gelojoh macam pegawai penjajah - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak bersikap rakus, angkuh dan gelojoh sebagaimana pegawai-pegawai dari negara penjajah suatu masa dahulu.
Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji
Hajiji berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Jangan jadikan rakyat mangsa kepentingan politik - Ahmad Zahid
Pemimpin negara ini diingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan 'harga mahal' bagi mencapai kepentingan politik.
Pendidikan tinggi: Kepimpinan IPT tidak berani ambil risiko, lebih fikir kuantiti
Ramai yang terpedaya dengan eksploitasi kapitalis berkaitan isu ranking universiti, sehingga mereka menjadi taksub mengejar kuantiti berbanding kualiti.
Pemerkasaan wanita satu kerjasama, bukan soal dominasi
Pemerkasaan wanita bukanlah tentang dominasi, sebaliknya menjalin kerjasama bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih baik.
Diskriminasi jantina halang wanita diangkat jadi pemimpin - Aiman Athirah
Aiman Athirah berkata diskriminasi jantina dalam kalangan generasi kedua adalah lebih halus dan selalunya tidak disengajakan.
Penurunan had umur belia, pecah sentimen anak muda tidak boleh memimpin - Malaysia Berdaya
Penguatkuasaan penurunan had umur belia kepada 30 tahun bermula Januari 2026 bantu memecahkan sentimen yang menganggap anak muda tidak boleh memimpin.
Ujian sebenar pemimpin adalah menerusi tindakannya - PM Anwar
Oleh itu, kata Anwar, kepercayaan orang ramai sememangnya semakin terhakis apabila pemimpin tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya.