Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N1 Kuala Besut.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 12 Julai dan tempoh kempen ditetapkan selama 12 hari.
Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas suruhanjaya itu bermesyuarat di pejabatnya di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil Kuala Besut diadakan selepas wakil rakyatnya Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas.
Dalam pilihan raya umum yang lepas, beliau mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Jelas Abdul Aziz, walaupun tarikh berkenaan jatuh di dalam bulan Ramadan, SPR membuat keputusan agar proses pilihan raya itu disegerakan bagi mengelak tempoh kempen tidak rasmi yang panjang.
"SPR tidak mahu kempen tidak rasmi ini berpanjangan. Untuk pengetahuan semua, kempen telahpun dimulakan sejak 26 Jun lalu. SPR tidak mahu keadaan ini berlanjutan kerana semakin lama pilihan raya dilengahkan semakin panjang tempoh kempen melibatkan bulan Ramadan." katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan ada parti yang akan mengambil kesempatan menggunakan surau serta masjid untuk ceramah politik, Abdul Aziz menegaskan pihak berkenaan perlu patuh kepada arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
"Itu bergantung kepada kerajaan negeri berkenaan. Surau digunakan untuk kita sembahyang, untuk kita mendengar majlis ilmu. Apa-apa peraturan lain itu hak kerajaan negeri, itu hak Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu. Itu hal agama, SPR tidak boleh masuk campur."
Mengulas mengenai isu penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz memberitahu SPR akan menggunakan dakwat kekal yang lebih baik dan dibeli daripada syarikat lain pada pilihan raya ini.
"Mengikut undang-undang yang ada sekarang, dakwat kekal adalah satu syarat untuk mengesahkan seseorang itu telah mengundi.Jadi bermakna dakwat kekal akan digunakan dalam pilihan raya kecil ini kecuali peraturan-peraturan itu dipinda."
"Kita ambil pertimbangan kelemahan dakwat kekal yang lepas, pertama yang mengatakan ia boleh dipadam. Kedua ia lambat kering dan ketiga ia mengotorkan kertas undi. Jadi kita ambil maklumbalas ini, kita cuba mendapatkan dakwat yang lebih baik dan dapat mengelakkan kelemahan-kelemahan yang lepas."
Sementara itu Abdul Aziz turut mengulas cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar proses penjumlahan undi disiarkan secara langsung melalui RTM.
Katanya SPR tidak boleh membenarkan RTM menyiarkan proses berkenaan kerana badan itu perlu berlaku adil kepada agensi media yang lain.
"SPR telah membuat keputusan bahawa kalau kita ingin merakamkan urusan pengiraan undi di tempat mengundi itu ia perlu diuruskan oleh SPR sendiri, tidak oleh pihak-pihak yang lain."
"Kita merasakan untuk pilihan raya kecil ini, SPR berpandangan tidak perlu diadakan rakaman ini, kerana buat masa ini sudah ada wakil-wakil calon yang bertanding dalam bilik pengiraan undi berkenaan."
Ini adalah pilihan raya kecil yang kedua di Kuala Besut yang setakat ini mengulangi sejarah sama 34 tahun lalu. Ketika itu, wakil rakyat BN kawasan itu Zakaria Muda meninggal dunia pada 26 Jun 1979 iaitu tarikh sama kematian Dr. A. Rahman dan pilihan raya kecilnya juga diadakan pada bulan puasa.
Pilihan raya kecil Kuala Besut ini jadi tumpuan kerana Barisan Nasional hanya mempunyai kelebihan satu kerusi saja ke atas Pakatan Rakyat di DUN Terengganu sekarang.
Ahli Parlimen Besut yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh bagaimanapun dalam satu laporan baru-baru ini yakin BN akan menang pilihan raya kecil ini kerana Kuala Besut ialah kerusi selesa BN.
Beliau juga menolak kemungkinan kedudukan kerusi DUN akan terikat 16-16 selepas pilihan raya kecil ini nanti antara lain kerana BN tidak pernah kalah kerusi berkenaan sejak tiga pilihan raya yang lepas.
BN baru-baru ini melantik Timbalan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.
Menurut Muhyiddin, pelantikan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum berlepas ke luar negara untuk lawatan kerja.
BN dilaporkan sedang mempertimbangkan kedudukan tiga orang untuk dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil tersebut.
Harris Hardy Hakim
Fri Jul 05 2013
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta
Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut, pada Ahad lepas.
Musim tengkujuh: Nelayan rayu dibenar tangkap udang di pesisir pantai
Musim udang yang tiba menjelang Disember hingga Mac itu dilihat dapat memberi kelegaan untuk mereka menambah hasil pendapatan.
10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.
Pelanggaran bot pelancong: Tujuh individu kini dirawat di HSNZ
Tujuh individu yang cedera dalam insiden pelanggaran bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut semalam, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
PKPD: Beberapa laluan utama di Besut ditutup
Beberapa laluan utama di Besut ditutup kepada semua kenderaan mulai 8 malam Jumaat berikutan pelaksanaan PKPD.
Kawasan berdekatan pantai di Terengganu terjejas fenomena air laut pasang besar
Kejadian limpahan air laut juga berlaku sekitar pantai lain di Kuala Nerus dan Pantai Teluk Lipat di Dungun.
Penduduk kampung gempar buaya muncul di pantai Kuala Besut
Penduduk kampung di Kuala Besut, Terengganu gempar apabila mendakwa kelibat seekor buaya muncul di kawasan pantai daerah berkenaan pada Rabu.
Remaja perempuan lemas di air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah
Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di kawasan air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.
12 pemancing berjaya diselamatkan selepas 48 jam tersadai di tengah laut
Bot dari Kuala Besut itu dikatakan telah keluar ke laut untuk memancing sejak tiga hari lalu sebelum mengalami kerosakan pada bahagian kipas.
Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung
Seorang anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 131.2, Jalan Raya Timur Barat, di sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.